Wednesday, May 28, 2008

MP Kelana Jaya La Nie Layak Ke Jadi Ahli Parlimen!

1) Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak layak menyiasat enam tokoh yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
Ini kerana kata beliau melalui beberapa kes yang berlaku, Abdul Gani jelas menunjukkan sikap yang tidak bebas dan berat sebelah.
2) Muslimat Pas bersetuju dengan saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menggesa pakaian seragam pelajar perempuan diganti kerana jarang dan boleh mengundang gangguan serta jenayah seks.
Setiausaha Dewan Muslimat Pas, Aiman Athirah Al Jundi berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian kerana ia akan menampakkan pelajar perempuan kelihatan agar seksi.
3) Ahli Majlis Pimpin Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai UMNO bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.
Badrul yang juga calon PKR bagi Parlimen Rembau berkata beliau akan membuat pengumuman selepas berbincang dengan Ezam.
4) Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.
Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih".
5) Pas membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Datuk Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Ketua penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi dengan mendakwa Kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa ke atas Singapura ketika republik itu membina bangunan dan rumah api dan ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf Singapura sebagai pemilik pulau itu.
6) Selangor akan membantu keluarga 16 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini terkurung di kem Kamunting, Perak.
Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan tersebut, termasuk kewangan, selepas kunjungan Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) dan keluarga tahanan di Dewan Undangan Negeri tengah hari tadi.
Bani Said : Dengar2 kawan di Kelana Jaya yang MP Cina lok-laq dia nie tak lama lagi nak resign jadi Ahli Parlimen coz business dia di China dah merosot. Sana lagi kaya maa dari jadi MP Malaysia..Mungkin akan beri laluan kepada DSAI...Semuanya nie nak permainkan rakyat bukan nak bela nasib rakyat...

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

http://blogblogmenarikdimalaysia.wordpress.com/

minta tolong promosi sikit...tq