Saturday, April 4, 2009

PERANG BANNER P.059 SEMAKIN MENARIK

Salam. Di keheningan pagi 4hb April, 2009 Bani mengambil angin luar kerana terasa bahang panasnya suhu badan seiring dengan panasnya perang poster, bendera dan banner di Bukit Gantang ini. Dalam keheningan itu masih ada lagi jentera muda BN & PAS sibuk menaikkan bendera dan poster calon...Teman tertanya2 DIMANA BELIA INDIA DAN CINA??? Mungkin dema sudah TIDOR DIULIK MIMPI tetapi kasihan pula Bani melihat anak bangsa MELAYU ISLAM teman yang sedang sibuk menjalankan tugas masing2 di lewat pagi ini. TERDETIK DI HATI TEMAN pilihanraya ini seolah2 PEPERANGAN MELAYU SESAMA MELAYU!! Ya Allah permudahkanlah dikalangan kami ini yang menegakkan Agama suci Mu, Memelihara bangsa yang menegakkan Agamamu dan mempertahankan negara ini. Namun dalam Bani meronda ada beberapa banner yang menarik hati teman...hayatilah.

Banisaid : Teman belajar 4 thanawi dulu ini disebut sebagai "balaghah". Teman bila menatapnya nampak unik kerana berbeza dengan banner2 yang sedia ada sebelum ini. Mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada NIZAR moga dilembutkan hatinya dan Allah melindungi mereka2 yang benar dalam perjuangannya. Salammm....

No comments: