Tuesday, July 1, 2008

APAKAH PISANG BERBUAH 2 KALI ATAU KONSPIRASI ANUAR SENDIRI

DS ANWAR FAIL SAMAN TERHADAP PEMBANTU KHAS : Penasihat PKR, DSAI hari ini memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya kerana membuat laporan polis berhubung tuduhan liwat yang didakwanya berniat jahat dan palsu. Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 10.30 pagi melalui firma guaman Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low.

Dalam saman berkenaan, DSAI menamakan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai defendan. Dalam pengindorsan tuntutannya, DSAI mendakwa pada Jumaat lepas (28 Jun 2008), Mohd Saiful Bukhari membuat satu laporan polis mendakwa bahawa dia diliwat pada 26 Jun. DSAI menegaskan bahawa defendan telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya dari segi politik.

Plaintif mendakwa bahawa defendan mengetahui laporan polis berkenaan dan dakwaan liwat itu akan menerima liputan media tempatan dan antarabangsa yang luas. Seterusnya DSAI dalam pernyataan berkenaan mendakwa defendan mengetahui bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun beliau tetap membuat laporan itu. Dakwanya lagi, Mohd Saiful Bukhari mengetahui yang beliau (DSAI) mempunyai niat untuk bertanding sebagai anggota parlimen pada pilihan raya akan datang.

DSAI yang mendakwa beliau tidak pernah melakukan perbuatan itu dengan defendan, berkata akibat daripada laporan polis berkenaan, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat. Sehubungan dengan itu, DSAI menuntut ganti rugi bagi proses yang menyusahkan, ganti rugi bagi niat jahat, ganti rugi libel, teruk, teladan dan kos lain yang difikirkan sesuai.
Banihakim Said : Mungkinkah dalam sistem kehakiman Malaysia hari ini yang diselubungi mendung ekoran Kes Linggam yang disiasat oleh Suruhanjaya Khas Diraja mengenainya dan tokoh2 badan kehakiman yang dipertikai integiritinya sehinggakan BN alami kekalahan teruk dalam PRU12 yang lalu telah diambil peluang oleh DSAI hari ini untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam cubaan untuk mendapat pengaruh serta meruntuhkan sistem KEHAKIMAN, PERUNDANGAN DAN KUASA EKSEKUTIF di Malaysia secara rampasan halus. Beliau proksi US yang juga Ahli Kehormat kepada beberapa NGO naungan YAHUDI mungkin merancang isu terbar ini dengan tuduhan kononnya beliau melakukan LIWAT. Ada kewajarannya dengan cara ini beliau mungkin rasakan rakyat akan terus menyokongnya sepertimana tuduhan serupa ke atas beliau pada tahun 1999. Nah...cara ini persis cara YAHUDI dimana inilah jua cara untuk memusnahkan sesebuah negara dan terkandung dalam kitab mereka berjudul Strategi Zionis meluaskan pengaruhnya...Fikir2 kanlah...

2 comments:

Cheguman said...

Orang kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong... cuma saya kata sudi apalah kiranya menjengah blog saya sekadar berkongsi rasa.

Salam perjuangan.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anwar adalah yahudi dan yahudi adalah anwar..ada orang masih tak mengerti lagi?