Tuesday, July 1, 2008

APAKAH PISANG BERBUAH 2 KALI ATAU KONSPIRASI ANUAR SENDIRI

DS ANWAR FAIL SAMAN TERHADAP PEMBANTU KHAS : Penasihat PKR, DSAI hari ini memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya kerana membuat laporan polis berhubung tuduhan liwat yang didakwanya berniat jahat dan palsu. Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 10.30 pagi melalui firma guaman Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low.

Dalam saman berkenaan, DSAI menamakan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai defendan. Dalam pengindorsan tuntutannya, DSAI mendakwa pada Jumaat lepas (28 Jun 2008), Mohd Saiful Bukhari membuat satu laporan polis mendakwa bahawa dia diliwat pada 26 Jun. DSAI menegaskan bahawa defendan telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya dari segi politik.

Plaintif mendakwa bahawa defendan mengetahui laporan polis berkenaan dan dakwaan liwat itu akan menerima liputan media tempatan dan antarabangsa yang luas. Seterusnya DSAI dalam pernyataan berkenaan mendakwa defendan mengetahui bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun beliau tetap membuat laporan itu. Dakwanya lagi, Mohd Saiful Bukhari mengetahui yang beliau (DSAI) mempunyai niat untuk bertanding sebagai anggota parlimen pada pilihan raya akan datang.

DSAI yang mendakwa beliau tidak pernah melakukan perbuatan itu dengan defendan, berkata akibat daripada laporan polis berkenaan, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat. Sehubungan dengan itu, DSAI menuntut ganti rugi bagi proses yang menyusahkan, ganti rugi bagi niat jahat, ganti rugi libel, teruk, teladan dan kos lain yang difikirkan sesuai.
Banihakim Said : Mungkinkah dalam sistem kehakiman Malaysia hari ini yang diselubungi mendung ekoran Kes Linggam yang disiasat oleh Suruhanjaya Khas Diraja mengenainya dan tokoh2 badan kehakiman yang dipertikai integiritinya sehinggakan BN alami kekalahan teruk dalam PRU12 yang lalu telah diambil peluang oleh DSAI hari ini untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam cubaan untuk mendapat pengaruh serta meruntuhkan sistem KEHAKIMAN, PERUNDANGAN DAN KUASA EKSEKUTIF di Malaysia secara rampasan halus. Beliau proksi US yang juga Ahli Kehormat kepada beberapa NGO naungan YAHUDI mungkin merancang isu terbar ini dengan tuduhan kononnya beliau melakukan LIWAT. Ada kewajarannya dengan cara ini beliau mungkin rasakan rakyat akan terus menyokongnya sepertimana tuduhan serupa ke atas beliau pada tahun 1999. Nah...cara ini persis cara YAHUDI dimana inilah jua cara untuk memusnahkan sesebuah negara dan terkandung dalam kitab mereka berjudul Strategi Zionis meluaskan pengaruhnya...Fikir2 kanlah...

SEBAB RASA BERSALAH TU YANG MENYOROK TUUU!!

KELUAR SELEPAS JAMINAN KESELAMATAN : Penasihat PKR, DSAI petang ini meninggalkan kediaman duta Turki di Jalan Ampang Hilir, tempat beliau berlindung sejak pagi semalam. DSAI meninggalkan kediaman duta itu kira-kira pukul 6.45 petang. DSAI pada awalnya tidak berpuas hati dengan jaminan yang dikeluarkan bagaimanapun, setelah Menteri Dalam Negeri, DS Syed Hamid Albar mengeluarkan kenyataan jaminan keselamatan yang dihantar ke Kedutaan Turki, barulah DSAI dengan rela hati memutuskan untuk keluar dari kediaman duta tersebut.
Banihakim Said : Kenapa perlu menyorok di Kedutaan Turki...Orang tua2 kabor kalau salah tu yang pakat lari la..nyorok la...tuduh orang lain la...Isshhh...isshhh. Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga...Teman ingat lagi tahun 1999 REFORMASI melanda tanahir, yang pakat berhimpun la..solat hajat anuar tak dipenjara la...tup222 didapati bersalah juga. Nie mesti NUAQ ni x puas nak duduk kat ASRAMA SG. BULUH NI....teman taubat nasuha jeee....

Monday, June 30, 2008

ALANGKAH BAGUSNYA KALAU BERSATU PADU SEBEGINI

Semuanya terhenti di sini…


Ketika di luar sana gosip dan isu politik kebelakangan ini panas berputar dengan macam-macam spekulasi… suasana di meja makan di belakang bilik rehat Ahli Parlimen ini tidak langsung mengambarkan dunia akan terbalik esok. Cakap-cakap tentang lompat melompat parti,pembangkang sudah set nak tawan Parlimen,apa kesan tindakan Tun Dr Mahathir keluar UMNO dan Datuk Mukhriz Mahathir nak 'berperang' dari dalam parti itu tenggelam dalam deraian ketawa dan jenaka sesama Ahli Parlimen Barisan Nasional,PAS dan Parti Keadilan Rakyat ini. Gambar atas dirakam semasa mereka menikmati sup dan nasi bungkus dicelah-celah kesibukan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hingga lewat malam Rabu. Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai ) berdiri di kanan sekali Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri di tengah sedang 'tenang-tenang' bersama Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabrey Cheek duduk di hujung meja,Saifuddin Nasution (PKR-Machang ), Ir Hamim Samuri (BN-Ledang), Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),Ku Kamal,Setiausaha Akhbar Datuk Zahid Hamidi,Datuk Tajuddin Rahman (BN-Pasir Salak),Md Sirat Abu (BN- Bukit Katil) dan Datuk Zainal Abdul Rahim,Penyelaras Ahli Parlimen BN. Bagi para pemerhati politik dan wartawan, bangunan Parlimen sekarang adalah tempat terbaik untuk mendapat serba serbi petanda tentang senario politik semasa. Sepanjang sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang di sinilah tempat berhimpunnya taiko-taiko utama parti politik di negara ini yang merupakan para Ahli Parlimen BN maupun pembangkang. Siapa kata dunia politik Malaysia sudah kacau?... (gambar bawah) kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi boleh rancak bersembang macam tak ada hal dengan Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) tidak jauh dari meja makan itu. Johari merupakan bekas orang kanan Zahid semasa beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dulu.


Tidak kurang menarik gambar dibawah ini pula dirakam pada satu tengahari minggu pertama sidang Dewan Rakyat. Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz dalam suasana relaks selepas kena nasi bungkus dan kari kepala ikan di anjung depan bilik rehat Ahli Parlimen bersama 'Singa PKR' N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa (kiri sekali) Membongkok ialah Yusmady Yusof (PKR-Balik Pulau).Manakala wanita di tengah ialah Lim Bee Kau,bekas Ahli Parlimen BN dari parti MCA kawasan Padang Serai.



Mendengar kemesraan cara Bee kau dan Gobalakrishnan bersembang siapa pun tidak mungkin sangka mereka dari dua kem yang berbeza. Walaupun dalam sidang Dewan Rakyat adakalanya Ahli Parlimen BN dan pembangkang berentap sakan...tetapi suasana-suasana sebegini yang berterusan sepanjang sidang yang bermula 30 April lalu memberi sesuatu indikasi yang ada makna tersendiri dalam kontek senario politik semasa.



Mungkin sebagai orang lama di Parlimen... Datuk Shahrir Samad dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) boleh memberi satu kesimpulan yang menarik - 21/5/2008

Sunday, June 29, 2008

RESPON AHLI MAJLIS MAHU PAPAN TANDA DI PENANG DALAM BAHASA MANDARIN

Satu cadangan yang tidak munasabah, daripada Ahlis Majlis Perbandaran Seberang Perai mahukan semua signboard di Pulau Pinang dibuat dalam BAHASA MANDARIN..What the hell is it???Pulau Pinang dah keluar daripada negara MALAYSIA ke?? Apa perlunya papan tanda dibuat dalam bahasa Mandarin..SEJAK BILA PULA BAHASA MANDARIN MENJADI BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA. Memang BODOH dan BUTA sejarah serta PERLEMBAGAAN NEGARA la ...kepada cadangan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Kalau rasa sudah hebat sangat balik la semula ke negara CHINA dan tak perlu lagi tinggal di TANAH MELAYU ini lagi...Bnagsa tak sedar kediri bangsa pendatang yang diterima menjadi warganegara TANAH MELAYU nak tunjuk lagak pula.

“....di Malaysia sendiri mungkin golongan yang lahir sebelum 1957 masih perlu bantuan terutamanya kaum Cina dan India, tapi untuk golongan selepas 1957 itu tidak munasabah kerana samada mereka di sekolah Cina, Tamil atau kebangsaan mereka sudah tentu belajar bahasa kebangsaan.........”. Kalau rasa nak MENG-HONG KONG-KAN MALAYSIA Sorry le...rasanya baik Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai ni berhijrah ke Tanah Besar China.

Mana kesatuan Melayu, barisan bertindak Melayu, Pemuda, Puteri, Putera, Ahlis Majlis Belia langusng tidak respon tentang cadangan orang CINA PENANG yang baru saje 100 hari memerintah telah cuba nak MEN-CINAKAN TANAH MELAYU INI. Ayuh bangkit saudara sebangsaku dan seagama denganku . Jangan kita dipijak oleh bangsa lain kita hanya MAMPU BERKATA BIARLAH...APA SALAHNYA...TAKBIRRR!!!!

Monday, June 23, 2008

KABINET BAYANGAN DSAI : BOLEH HARAP KE?


Tuan2 perhatikanlah anggota Kabinet Malaysia yang dibayangkan oleh DSAI sepertimana yang beliau nyatakan dalam ceramah umumnya bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia jika tidak pada Ogos ini atau pada hari bersejarah penubuhan negara MALAYSIA iaitu 16 September. Apakah mampu mereka ini mencorak pembangunan negara dan pastinya orang MELAYU bakal TERTINDAS sepertimana MELAYU di Singapura....Tolonglah YA-ALLAH lindungi negaraku ini daripada bahaya ancaman KAFIR HARBI yang bakal memusnahkan negaraku ini dan orang2 yang bersekongkol dengan YAHUDI bagi tujuan kepentingan politik mereka.

Friday, June 20, 2008

MB PERAK MASIH TIDAK PUASHATI – MANIFESTO BELUM TERTUNAI:

MB PERAK BONEKA DAP : SAMPAI BILA PUN TAK AKAN PUAS HATI, Bagi negeri Perak awal Julai depan adalah genap 100 hari pentadbiran kerajaan campuran di negeri itu. Tetapi dihati Menteri Besarnya terbuku rasa tidak puashati. Dato’ Seri Nizar Jamaludin juga tidak menafikan berdepan dengan kesukaran sejak hari pertama memasuki pejabatnya.

Pada sidang medianya siang tadi beliau berjela-jela memberitahu media kelancaran perjalanan pentadbirannya. Antaranya mengatasi masalah birokrasi bagi mendapatkan kelulusan Menteri Besar, kemampuan Exco dari PAS, PKR dan DAP membuat keputusan bersama dan mesra pelabur. Ketika ditanya mengenai baki manifesto yang belum dizahirkan ini jawapan beliau.

Komen Dato’ Seri Nizar: “saya tidak puashati tetapi kita kena ongoing because all those our promises. Kita kena announce in stages, kita tak boleh announce all the ten offer otherwise we become vanish.” Beliau tidak menafikan diawal pentadbirannya berlaku kesukaran. Antaranya kenaikan harga beras dan bekerja dengan penjawat awam yang lebih bersikap tunggu dan lihat.
Banihakim Said : Memang sampai bila pun kau takkan puas hati sebab Exco Cina2 DAP takkan dengor cakap mike, mike je bangga dapat bercakap dalam bahasa Cina tapi wakil DUN DAP Perak nak cakap Melayu pun berterabur yop...padan mike jadi boneka je!!

HUTANG LAPUK 33,957 PEKEBUN KECIL DIHAPUSKAN:

Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk 33,957 pekebun kecil di seluruh negara. Ia melibatkan pinjaman sebanyak RM139.64 juta sejak tahun 1979. Menteri berkenaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata langkah itu bertujuan meringankan beban pekebun kecil berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga bahan api. Komen Tan Sri Muhammad Muhd Taib: "Sejumlah RM130.4 juta pinjaman melibatkan sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan dilupuskan yang meliputi Kredit Sara Hidup, Pinjaman Pengurusan Mini Estet dan Pinjaman Perumahan Mini Estet."

Sejak 1979 sejumlah RM204.7 juta telah diberikan kepada pekebun kecil dalam bentuk pinjaman kerajaan dan pinjaman Risda. Pelupusan pinjaman itu antAranya akan meringankan beban tanggungan kewangan 15,141 pekebun kecil yang memiliki tanah kurang daripada dua hektar dengan pendapatan RM100 sebulan. Selaras dengan keputusan itu juga kerajaan berharap para pekebun kecil terus meningkatkan produktiviti selaras dengan saranan kerajaan mewujudkan pekebun kecil berdikari. Tan Sri Muhammad berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO) di ibu negara.
Banihakim Said : Kerajaan banyak beri peluang untuk membantu rakyat tetapi rakyat masih BUTA HATI untuik menyokong kerajaan dan menyalahkan KERAJAAN sahaja. Seharusnya kita bersyukur kerana KERAJAAN sedia ada masih membela nasib rakyat yang susah. Tidak seperti pihak PAKATAN RAKYAT yang dalam manifesto PRU12 kononnya nak wujudkan NEGARA KEBAJIKAN. Apakah ini bukan kebajikan pihak KERAJAAN sedia ada ke? Dan apa bentuk KEBAJIKAN yang telah PAKATAN RAKYAT LAKSANAKAN???Hampeh cakapa lebih kerja takde...Inilah yang dikatakan golongan MUNAFIKKIN.

PRESTASI MB KEDAH SEMPENA 100 HARI PENTADBIRAN : NAK TEBANG BALAK


MB KEDAH PERTAHAN CADANGAN TEBANG BALAK DI KAWASAN TADAHAN: Kerajaan Kedah akan mengotakan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya Kerajaan Pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun kepadanya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri memerlukan wang itu untuk menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan, berikutan kenaikan harga minyak 5 Jun lalu. Beliau ditanya mengenai kenyataannya semalam bahawa kerajaan negeri akan menebang balak di kawasan tadahan air.

Azizan mengumumkan cadangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, yang berkata langkah itu sebagai tindak balas terhadap kelewatan Kerajaan Pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri.

Banihakim Said : Nampak sangat prestasi MB Kedah terlalu lemah sehinggakan baru 100 hari mentadbir negeri KEDAH Hijau Kuning duit negeri sudah habis. Maka sebab itu sibuk nak tebang BALAK yang menjadi tadahan air hujan untuk kegunaan sumber air bersih penduduk RAKYAT KEDAH serta SALIRAN AIR KE SAWAH PADI. Sanggup Ustaz Azizan nak ubah ciptaan ALLAH untuk kepentingan politiknya dan menyusahkan rakyat dengan ANCAMAN air bersih serta air berkurangan untuk disalurkan ke sawah padi. Mungkin KEDAH tidak lagi dikenali negeri JELAPANG PADI kerana sawah ada AIR tiada. Fikir2kanlah cara lain untuk mendapatkan sumber kewangan wahai Ustaz MB.

Wednesday, June 18, 2008

DUN SANGLANG KOSONG : BUAT PILIHAN YANG TEPAT

Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi Abdullah Hassan daripada BN pada pilihan raya umum Mac lepas, dikosongkan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani selepas menolak petisyen calon PAS, Hashim Jasin yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah calon yang menang di kawasan DUN itu pada pilihan raya umum ke-12 itu.

Dalam alasan penghakimannya, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003. Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Hashim menamakan Abdullah, pegawai pengurusan pilihan raya bagi Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid dan SPR sebagai responden. Sebelum ini, Abdullah dalam bantahannya terhadap petisyen itu memohon mahkamah memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi menyelesaikan perkara itu.
Banihakim Said : Dalam situasi hari ini orang Melayu yang majoriti 58 peratus penduduk di Malaysia perlu bersatu. Apa guna kita bertelagah dan ada baiknya kekalkan juga orang Melayu sebagai wakil kalian dan biarlah ia berjalan dengan suasana harmoni.

Perjuangan Tidak Mengenang Budi : SAPP

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap PM, DS Abdullah Ahmad Badawi. Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini. Manakala kedudukan parti itu dalan BN akan dibincangkan dengan Majlis Tertingginya Jumaat ini.

Datuk Yong, yang juga bekas KM Sabah berkata anggota Parlimen kawasan Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani, manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.
Banihakim Said : Orang kalau berjuang tidak kira menang atau kalah. Akan tetapi SAPP baru kita sedar yang ia parti yang boleh menjadi RAKAN apabila senang dan MENJADI LAWAN apaila susah. Kalau zaman Saidana Abu Bakar dah kena peggal dah manusia roper ini...

Saturday, June 14, 2008

ANAK MUDA PKR TUBUH GERAMM UNTUK BANTAH MINYAK

KUALA LUMPUR 12 Jun (SK) - Beberapa organisasi, antaranya Angkatan Muda KeADILan (AMK), Anwar Ibrahim Club (AIC), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ikatan Kebajikan Rakyat sepakat menubuhkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau Geramm.
Ketika sidang media di Petaling Jaya, pagi ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan komited Geramm untuk terus menggembleng dan menggerakkan mobilisasi rakyat untuk menyatakan protes secara berterusan
“Gerram akan terus mendepani rakyat dan generasi muda untuk terus menyatakan protes agar kerajaan menarik balik kenaikan minyak di pasaran dan membincangkan kaedah serta formula terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Oleh yang demikian, Menurut Shamsul usaha protes akan dimulakan selepas solat jumaat esok di Kampung Baru seterus beberapa roadtour diseluruh Malaysia akan bermula selepas itu.
Banihakim Said: Mengapa Anak Muda PKR ini tidak memahami tentang kesan globalisasi. Sedangkan Godfather yg mereka AGUNG kan iaitu DSAI yang bersekongkol dengan YAHUDI untuk menaikkan harga minyak di peringkat global yang diuruskan oleh Oil Traders berpusat di New York. DSAI adalah Pelawat Diplomat bagi agensi tersebut. Yang patut AMK ini lepaskan geram adalah pada manusia bernama ANWAR IBRAHIM. Nampak sangat orang muda PKR telah dibeli oleh DSAI demi tujuan ingin menjadi PM yang ke-7. Wahai Bangsaku MELAYU marilah sama-sama kita bersatu jgn lagi berpecah sedangkan orang Cina semakin kukuh pengaruhnya untuk menjadikan MELAYU menjadi BANGSAT di negara sendiri sepertimana berlaku di bumi Singapore. Renungkanlah anak bangsaku.

POS MALAYSIA BAYAR REBAT TUNAI : BERINGATLAH RAKYAT MALAYSIA


Pos Malaysia Bhd (PMB) hari Sabtu telah membayar rebat tunai sejumlah RM116.734 juta di seluruh negara kepada 239,414 pemilik kenderaan persendirian yang layak. PMB dalam kenyataannya hari Sabtu berkata purata masa yang diambil untuk memperoses satu-satu permohonan kurang daripada tiga minit.

Bagaimanapun, PNB berkata terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang menjual borang untuk menuntut rebat tunai itu dan PNB tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku. PMB turut mengingatkan pemilik kenderaaan persendirian yang layak bahawa jika mereka tidak sempat menuntut rebat tunai itu hari ini, mereka masih boleh menuntutnya pada bila-bila masa sehingga 31 Mac depan. Sebarang pertanyaan, maklum balas atau maklumat terbaru, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui PosLine di 1-300-300-300 kecuali pada Sabtu pertama setiap bulan atau layari laman web PMB di www.pos.com.my atau pejabat pos berhampiran.
Banihakim Said : Temam nengok kelmarin di Pejabat POS Kuala Kangsar penoh orang nak tuntut rebat masing2. Ader le sorang budak muda tu teman sape dia nanya mike nak buat aper dgn duit tu...orang muda ni pun jawab boleh juga mack-up kereta kancil dia takpun tukar beli handset baru....Termenung teman dengornye...Bukan itu hasrat kerajaan!! Apapun awak nak ingatkan RAKYAT Malaysia terutamanya org muda kita berhadapan dengan suasana ekonomi global yang tak menentu, maka lebih baik berwaspada dalam perbelanjaan dan utamakan keperluan daripada nafsu nafsi. Banihakim bimbang dengan pemikiran orang muda hari ini.

ANGGOTA PARLIMEN PKR DITAHAN : KENAPA PERGUNAKAN KANAK2

Seramai 3 Anggota Parlimen dari PKR antara 6 yang ditahan di hadapan Istana Negara kerana mengadakan perhimpunan haram. Anggota Parlimen yang ditahan pada jam 10.30 pagi itu adalah R. Sivarasa (AP Subang), S. Manikasagam (AP Kapar) dan Zuraida Kamaruddin (AP Ampang). Sementara 3 yang lain ialah anggota jawatankuasa penganjur perhimpunan iaitu Louders Mary, Peguam Hak Asasi Manusia N. Surendran dan pembantu khas anggota Parlimen Ampang, Salmah Ismail. Semua dibawa ke balai Polis Brickfields untuk disoal siasat. Difahamkan perhimpunan diadakan sempena Hari Bapa dengan penyertaan 70 kanak-kanak yang bapa mereka kini ditahan mengikut ISA. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bahari Abdul Khalid telah mengesahkan.

Banihakim Said : Selamat HARI BAPA kepada semua yang bergelar BAPA. Tetapi tindakan MP PKR mempergunakan anak2 tahanan ISA untuk berhimpun adalah semata2 untuk meraih sokongan politik. Sudah menjadi adat manusia yang salah akan dihukum. Mengapa MP PKR ini tidak mengumpulkan semua anak2 yang bapa mereka ditahan di seluruh PENJARA di Malaysia ini??? Sendiri mau ingat la..

Selangor Pusat Judi, Urut & Pelacur? : Ditambah Pusat BABI Pula

KERAJAAN SEKAT PENGAMBILAN WARGA ASING SEBAGAI PELAYAN KELAB & TUKANG URUT : Kerajaan tidak membenarkan permohonan bagi pengambilan warga asing untuk bekerja sebagai sebagai pelayan kelab dan tukang urut bagi membendung kegiatan perdagangan manusia di negara ini. Menteri Dalam Negeri, DS Syed Hamid Albar berkata tindakan kerajaan itu bertujuan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang melarang sama sekali perdagangan manusia yang dijadikan sebagai pelacur atau pelayan kelab.

“...dalam permohonan-permohonan orang nak mintak untuk tukang urut, tukang kerja macam-macam dekat kelab-kelab....perempuan dari luar negara..jika terdapat pemohonan...not approving the applications......”

Pengawasan dan tindakan kita dalam hal ini amat berkesan dengan adanya Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan kita tidak bertoleransi dengan kegiatan perdagangan manusia. Malaysia kini adalah negara kedua daripada 40 negara yang tersenarai dalam Special Watch List Jabatan Negara Amerika Syarikat yang berjaya mengurangkan kegiatan pengedaran manusia.


Banihakim Said : Tetapi kenapa di SELANGOR bagaikan cendawan tumbuh je bab pusat judi, pelacur, rumah urut dan pusat pemasaran dunia BABI. MB Selangor perlu ubah nama negeri Selangor kepada Darul Maksiati Wal Khinziri. Fikir sendiri la

Wednesday, May 28, 2008

MP Kelana Jaya La Nie Layak Ke Jadi Ahli Parlimen!

1) Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak layak menyiasat enam tokoh yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
Ini kerana kata beliau melalui beberapa kes yang berlaku, Abdul Gani jelas menunjukkan sikap yang tidak bebas dan berat sebelah.
2) Muslimat Pas bersetuju dengan saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menggesa pakaian seragam pelajar perempuan diganti kerana jarang dan boleh mengundang gangguan serta jenayah seks.
Setiausaha Dewan Muslimat Pas, Aiman Athirah Al Jundi berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian kerana ia akan menampakkan pelajar perempuan kelihatan agar seksi.
3) Ahli Majlis Pimpin Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai UMNO bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.
Badrul yang juga calon PKR bagi Parlimen Rembau berkata beliau akan membuat pengumuman selepas berbincang dengan Ezam.
4) Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.
Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih".
5) Pas membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Datuk Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Ketua penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi dengan mendakwa Kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa ke atas Singapura ketika republik itu membina bangunan dan rumah api dan ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf Singapura sebagai pemilik pulau itu.
6) Selangor akan membantu keluarga 16 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini terkurung di kem Kamunting, Perak.
Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan tersebut, termasuk kewangan, selepas kunjungan Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) dan keluarga tahanan di Dewan Undangan Negeri tengah hari tadi.
Bani Said : Dengar2 kawan di Kelana Jaya yang MP Cina lok-laq dia nie tak lama lagi nak resign jadi Ahli Parlimen coz business dia di China dah merosot. Sana lagi kaya maa dari jadi MP Malaysia..Mungkin akan beri laluan kepada DSAI...Semuanya nie nak permainkan rakyat bukan nak bela nasib rakyat...

Apahal2 Kecoh2 Dalam Harakahdaily Nie?

1) Bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid meramalkan UMNO akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.
Sanusi, yang keluar UMNO bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden UMNO itu meninggalkan parti.
2) Ketua Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Salleh membidas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar.
Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.
3) Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Kementerian Pelajaran merujuk kepada para mufti atau ulama untuk mendapatkan nasihat berhubung isu pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang dilihat sebagai salah satu penyumbang peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar.
Ia katanya bukan sahaja melibatkan soal pakaian tetapi sebaliknya menggesa agar satu langkah berkesan diambil secara menyeluruh di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan aman dari anasir maksiat dan mungkar di kalangan pelajar sekolah

Sunday, May 25, 2008

TABUNG HAJI JANGAN NAIK BANYAK SANGAT : TPM



DS Najib Tun Razak berharap Lembaga Tabung Haji (TH) dapat mengekalkan harga tambang menunaikan haji pada tahap minimum seperti tahun-tahun lepas. Walaupun dunia berdepan dengan masalah harga minyak yang semakin melonjak, beliau berharap TH tidak membebankan jemaah dengan tambang yang tinggi.

“...Dalam dunia tidak menentu dan harga minyak terus naik, adalah satu cabaran kepada TH untuk mengekalkan tambang haji pada tahap minimum seperti tahun lepas. Tapi kalau naik (tambang) pun, kita harap naik sikit sajalah supaya dapat beri kelegaan kepada para jemaah....”

· Orang ramai, bagaimanapun, kata beliau terpaksa akur jika tambang menunaikan rukun Islam kelima itu terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak yang tinggi di pasaran dunia.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Al-Mithali TH 2008 Peringkat Kebangsaan.

Thursday, May 22, 2008

WAN AZIZAH TERKEJUT HASRAT EZAM MASUK UMNO:

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau terkejut dengan keputusan bekas Ketua Pemuda parti itu Ezam Mohd Nor yang dilaporkan ingin menyertai semula Umno.

Beliau berkata kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini memetik sumber mengenai hasrat Ezam itu. Wan Azizah berkata walaupun Ezam sudah meletak jawatan dari PKR tahun lepas, hubungan mereka masih baik. Katanya beliau tidak terkilan dengan hasrat Ezam itu dan ia juga tidak menjejaskan kedudukan PKR kerana parti itu mempunyai ramai lagi anggota.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Umno tiada halangan untuk menerima kembali Ezam jika beliau boleh menerima dasar perjuangan parti dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi Umno. Komen Tan Sri Muhammad Muhd Taib: “saya rasa dia tahu banyak kelemahan dan kekurangan dalam parti yang dia anggotai sebelum ini. Barangkali dia sudah tidak yakin dengan dasar dan perjuangan PKR dan rasanya dia dah buat pervabndingan antara PKR dan UMNo dan dia rasa uUMNOlebih sejati.”

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hasrat Ezam menyertai Umno perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. Komen Datuk Seri Mohd Shafie Apdal: "Kalau dia dapat memenuhi syarat yang diletakkan sebagai seorang bekas anggota Umno yang mahu masuk semula, dan sekiranya ia sebagai satu langkah untuk menguatkan parti Umno, mengapa tidak kita terima.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula berkata beliau kenal rapat dengan Ezam dan berasa gembira dengan hasrat bekas pemimpin PKR itu. Komen Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: "Semasa saya jadi Ketua Pemuda Umno, Ezam adalah antara orang yang saya beri kepercayaan menyediakan ucapan saya. Apabila dia keluar Umno, saya amat sedih tetapi sekarang saya gembira beliau ingin sertai semula Umno.”

Bani Said : Datin Seri Wan Azizah terkejut dan bimbang rahsia PKR akan terbongkar tidak lama lagi. Yang baik akan diberkati ALLAH namun yang mungkar akan diadili oleh ALLAH.

EZAM AKAN SERTAI UMNO? : APA TUJUANNYA


Teka-teki sama ada bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor bakal menyertai Umno akan terjawab sewal-awalnya minggu depan.

Dalam jawapannya, Ezam berkata, beliau akan kembali ke tanahair Selasa ini. Menurutnya, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas kembali ke tanahair. Tertera ialah jawapan Ezam ketika dihubungi TV3 melakui sistem pesanan ringkas.

Jawatan SMS Ezam: “Saya di luar negara. Kembali Selasa. Kena buat kenyataan selepas kembali. Wassalam".

Menurut satu sumber menyatakan menyatakan beliau akan menyertai Umno selepas mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan parti tersebut. Dan ini komen Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Komen Datin Seri Wan Azizah: “...kalau dia masuk dalam UMNO lain sikitlah, kerana dia dahulunya ada sumpah keramat. Dia kata macam-macam dalam sumpahnya. Tapi yang lain tu tanya dia sendirilah...".
Bani Said : Dalam kekusutan ahli UMNO keluar UMNO mengikut tindakan Tun Mahathir namun ada juga manusia yang masuk UMNO. Yang peliknya orang yang sebelum ini dilihat berdosa kepada UMNO kerana beliau penggerak kepada perjuangan DSAI> ...mudah benar UMNO menerimanya...takut menjadi barah semula...Renung2kanlah

MELAYU TIDAK BERPECAH, KATA ZAID IBRAHIM :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata orang Melayu tidak berpecah biarpun mempunyai perbezaan pendapat.

Komen Datuk Zaid Ibrahim: "Bila pemimpin berkelahi, mestilah ada pengikut-pengikut yang tidak suka tetapi itu bukan bererti Melayu berpecah. Orang Melayu tidak berpecah, tidaklah sebegitu rapuh pemikiran mereka, tidaklah lembap pandangan mereka kerana mereka tahu mana yang betul dan tidak.”

Katanya kumpulan yang mengatakan Melayu berpecah itu adalah mereka yang tidak berpuas hati terhadap keterbukaan yang diamalkan pemimpin masa kini. Katanya kumpulan ini yang biasa dengan budaya lama tidak selesa dengan keterbukaan biarpun perubahan inilah sebenarnya yang dimahukan rakyat. Mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno Isnin lepas, Zaid berharap isu ini tidak digembar-gemburkan lagi.
Banihakim Said*** - "Jangan dinafi perkara yang benar.Melayu kita sememangnyer sedang berpecah. Keterbukaan kadangkala membawa kepada kehancuran. Dalam ISLAM juga sebagai contoh siidteri dilarang sama sekali untuk menceritakan tentang keaiban keluarganya @ masalahnya kepada orang lain (bukak pekung) demi menjaga maruah dirinya sebagai isteri dan maruah suaminya sebagai ketua keluarganya". Renung2kanlah dan selamat beramal.

TUN DR. MAHATHIR BIDAS KENYATAAN TUN MUSA “DURI DALAM DAGING”:

Sementara itu Tun. Dr Mahathir juga sempat memberikan komen mengenai komen Tun Musa Hitam yang mendakwa dirinya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan. Dan mengenai tindakan Dato’ Shahrir Samad yang pernah bertanding sebagai calon bebas. Ini antara cetusan Tun. Dr Mahathir dilaman web blognya.

Dakwa Tun mahathir, Tun Musa Hitam pernah menjadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 1987 dahulu. Semasa Tun Musa jadi Timbalan Perdana Menteri di lantik oleh beliau. Tun Musa telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak beliau berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Musa. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun Musa kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Oleh itu Tun Musa menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun Musa supaya lawan beliau. Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun Musa tidak menyertainya. Tun Musa selamat dan dilantik oleh beliau sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun Musa. Syabas Tun Musa.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO. Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Cetusan ini Bani akhiri dengan kata-kata “Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang lebih.” Renung2 kanlah masa depan anak bangsamu.

INI SOAL POLITIK UMNO – TUN DR. MAHATHIR:

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Itu antara cadangan daripada Veteren UMNO.

Komen Tun: “Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong, kerana kalau kita sendiri tak dapat selesaikan dengan alasan sebenar, saya tak suruh sokong saya. Saya cuma pegang kepada prinsip. Sokong prinsip.”

Tambahnya apa yang berlaku bukan soal perkelahian beliau atau ahli keluarganya dengan PM. Beliau juga kekal dengan pendiriannya untuk keluar dalam UMNO walaupun mesyuarat MT UMNO semalam memberi sokongan padu kepada PM.


Bani***"Setuju mengapa perlu kita libatkan Agung didalam kemelut politik MELAYU. Rakyat MELAYU bersengketa mengapa Sultan @ Agung kita turut babitkan sama. DAULAT TUANKU".

Tuesday, May 20, 2008

PEMANTAUAN AKHBAR

RABU, 21 MEI 2008

BERITA UTAMA

Ikrar setia bersama UMNO: (BH)
Ikrar setia pada PM - Ahli-ahli Parlimen UMNO mahu Abdullah terus terajui parti, negara: Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara. Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu. (UM)

Mukhriz tak ikut jejak Dr Mahathir: (BH)
'Saya tidak ikut jejak bapa': Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan keluar daripada UMNO untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak keluar parti itu semalam. Mukhriz, yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau memutuskan untuk kekal dalam parti bagi membolehkannya lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini agar perubahan drastik dapat dilakukan dalam pucuk pimpinan tertinggi parti. Ada rakan-rakan yang mahukan saya keluar daripada parti, malah ada antara mereka meminta saya kekal demi untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pucuk pimpinan UMNO berubah. Saya tidak ikut jejak bapa tapi akan tetap setia sebagai ahli UMNO dan akan menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO (UM)

Shafie Afdal : Tidak wajar anggap Dr. M 'duri dalam daging': Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, DS Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan (UM).

Jangan pandang rendah ancaman siber: PM kata, setiap kerajaan tidak harus memandang rendah terhadap ancaman siber kerana kesannya boleh membawa mudarat kepada kehidupan manusia. Tambahnya, ancaman siber mampu merosakkan sistem dan infrastruktur sesebuah negara dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian, kecederaan manusia selain mampu melumpuhkan sistem ekonomi. Dengan mengambil contoh negara Estonia iaitu salah sebuah nagara yang maju dalam ICT di Eropah, beliau berkata, pada tahun lepas, negara itu telah mengalami ancaman siber yang serius selama tiga minggu. (UM)

Berita Dato' Seri Hisyamuddin Hussein:

Tindakan Dr M keluar parti tak beri manfaat: (BH)
Utamakan parti-Hishammuddin berkata, Pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO perlu mengutamakan parti daripada kepentingan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. DSHH menegaskan, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO harus mematuhi prinsip tersebut untuk meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu ataupun kepentingan kedua-dua pemimpin tersebut. Saya sedih keadaan ini (Dr. Mahathir keluar parti) berlaku tetapi sebagai pemimpin Pemuda UMNO kita perlu memperkukuhkan semula parti dan bergerak kehadapan (UM,4)

ISU SEMASA

Jangan beri reaksi keterlaluan: Pelbagai pihak di negara ini diminta tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan memberikan reaksi keterlaluan terhadap tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, DS Dr. Rais Yatim berkata, sebaiknya sekarang perkara itu harus dibiarkan 'terapung sebentar' sementara kaedah penyelesaian terbaik difikirkan agar Melayu dan UMNO tidak rugi pada akhirnya. Kita tak boleh bertindak tergesa-gesa dan jangan sakiti hati mana-mana pihak kerana masing-masing ada pengikut dan pengaruh. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi jangan terlangsung sangat buat kenyataan hingga merugikan bangsa Melayu dan UMNO sendiri. Ini bermakna para veteran dan muda perlu dinginkan fikiran masing-masing dan tidak jadi juara secara musang berjanggut, ertinya tidak berpura-pura (UM,4)

Berikan ahli kuasa: Semangat perjuangan UMNO boleh dipulihkan dengan memberi kuasa kepada ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi dalam menentukan pemimpin mereka. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini bagi memastikan individu yang dipilih bagi menerajui UMNO boleh diterima segenap lapisan ahlinya dan bukan hanya oleh kumpulan tertentu dalam parti berkenaan. Semangat perjuangan UMNO ini perlu dibaiki supaya ia dapat ditanam balik ke dalam sanubari ahli UMNO lain. Kalau pulangkan balik kuasa kepada ahli-ahli UMNO, saya yakin ini akan selamatkan parti ini (UM,4)

Saya tidak sangka Dr. M benar-benar keluar parti: "'Saya bukan cabar tapi hanya mengemukakan pendapat. Saya tidak sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad akan benar-benar keluar daripada UMNO.'' Itulah penjelasan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Warga Darul Aman, Ismail Wan Teh yang kononnya menjadi pencetus kepada keputusan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu keluar daripada parti berkenaan semalam. Pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sini semalam, beliau bertanya kepada Dr. Mahathir sama ada bekas Perdana Menteri itu berani untuk meletakkan jawatan setelah berulang kali menghentam pemimpin UMNO. Menurut Ismail, tujuannya bertanyakan soalan sedemikian hanya mengingatkan Dr. Mahathir supaya bertanggung jawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya ketika masih berada di dalam UMNO. Bagi beliau, tindakan Dr. Mahathir yang mengeluarkan kritikan pedas kepada pemimpin UMNO seolah-olah menggambarkan beliau terlalu marah dan kecewa dengan UMNO. (UM,6)

Tindakan Tun cerminkan krisis: Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO mencerminkan krisis parti itu kian meruncing. Penasihat PKR, DSAI berkata, ia juga mencerminkan masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. UMNO kian merosot kerana pemimpin saling berebut dan bercakaran malah rakyat semakin tidak terbela. Bagaimanapun kita mesti mengelak daripada terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin rasuah (UM,6)

'Kaji kenapa Tun keluar UMNO': Bekas Menteri Besar Kedah, TS Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu bertindak demikian kerana tidak dapat menerima prestasi terburuk UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu. Barangkali ada yang seronok apabila Dr. Mahathir keluar dari UMNO seperti kata Tun Musa Hitam mengenai tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Ada pula seorang lagi menteri melahirkan rasa lega dengan tindakan Dr. Mahathir, memang jelas banyak reaksi yang diterima daripada pelbagai pihak. Apa pun bagi saya, kita kena kaji dengan mendalam kenapa beliau mengambil keputusan keluar daripada UMNO (UM,pg6)

UMNO Perak rayu Tun tidak keluar UMNO: Badan Perhubungan UMNO Perak merayu bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad membatalkan hasratnya untuk keluar daripada parti. Pengerusinya, DS Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, setelah menerajui UMNO buat sekian lama iaitu selama 22 tahun, tindakan keluar daripada UMNO oleh Dr. Mahathir adalah sesuatu yang di luar dugaan. Demi bangsa, agama dan negara, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, saya merayu agar Tun Dr. Mahathir membatalkan hasrat beliau hendak keluar UMNO. Ini bagi membolehkan kita sama-sama memperkukuhkan UMNO bagi meneruskan wadah perjuangan yang belum selesai (UM,6)

Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara. Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan keluar daripada UMNO untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak keluar parti itu semalam. Mukhriz, yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau memutuskan untuk kekal dalam parti bagi membolehkannya lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini agar perubahan drastik dapat dilakukan dalam pucuk pimpinan tertinggi parti. Ada rakan-rakan yang mahukan saya keluar daripada parti, malah ada antara mereka meminta saya kekal demi untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pucuk pimpinan UMNO berubah. Saya tidak ikut jejak bapa tapi akan tetap setia sebagai ahli UMNO dan akan menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO
Tidak wajar anggap Dr. M duri dalam daging. Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan duri dalam daging sudah terkeluar. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, DS Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan. PM kata, setiap kerajaan tidak harus memandang rendah terhadap ancaman siber kerana kesannya boleh membawa mudarat kepada kehidupan manusia. Tambahnya, ancaman siber mampu merosakkan sistem dan infrastruktur sesebuah negara dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian, kecederaan manusia selain mampu melumpuhkan sistem ekonomi. Dengan mengambil contoh negara Estonia iaitu salah sebuah nagara yang maju dalam ICT di Eropah, beliau berkata, pada tahun lepas, negara itu telah mengalami ancaman siber yang serius selama tiga minggu. Pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO perlu mengutamakan parti daripada kepentingan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. DSHH menegaskan, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO harus mematuhi prinsip tersebut untuk meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu ataupun kepentingan kedua-dua pemimpin tersebut. Saya sedih keadaan ini Dr. Mahathir keluar parti berlaku tetapi sebagai pemimpin Pemuda UMNO kita perlu memperkukuhkan semula parti dan bergerak kehadapan. Pelbagai pihak di negara ini diminta tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan memberikan reaksi keterlaluan terhadap tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, DS Dr. Rais Yatim berkata, sebaiknya sekarang perkara itu harus dibiarkan terapung sebentar sementara kaedah penyelesaian terbaik difikirkan agar Melayu dan UMNO tidak rugi pada akhirnya. Kita tak boleh bertindak tergesa-gesa dan jangan sakiti hati mana-mana pihak kerana masing-masing ada pengikut dan pengaruh. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi jangan terlangsung sangat buat kenyataan hingga merugikan bangsa Melayu dan UMNO sendiri. Ini bermakna para veteran dan muda perlu dinginkan fikiran masing-masing dan tidak jadi juara secara musang berjanggut, ertinya tidak berpura-pura. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini bagi memastikan individu yang dipilih bagi menerajui UMNO boleh diterima segenap lapisan ahlinya dan bukan hanya oleh kumpulan tertentu dalam parti berkenaan. Semangat perjuangan UMNO ini perlu dibaiki supaya ia dapat ditanam balik ke dalam sanubari ahli UMNO lain. Kalau pulangkan balik kuasa kepada ahli-ahli UMNO, saya yakin ini akan selamatkan parti ini Saya bukan cabar tapi hanya mengemukakan pendapat. Saya tidak sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad akan benar-benar keluar daripada UMNO.Itulah penjelasan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Warga Darul Aman, Ismail Wan Teh yang kononnya menjadi pencetus kepada keputusan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu keluar daripada parti berkenaan semalam. Pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sini semalam, beliau bertanya kepada Dr. Mahathir sama ada bekas Perdana Menteri itu berani untuk meletakkan jawatan setelah berulang kali menghentam pemimpin UMNO. Menurut Ismail, tujuannya bertanyakan soalan sedemikian hanya mengingatkan Dr. Mahathir supaya bertanggung jawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya ketika masih berada di dalam UMNO. Bagi beliau, tindakan Dr. Mahathir yang mengeluarkan kritikan pedas kepada pemimpin UMNO seolah-olah menggambarkan beliau terlalu marah dan kecewa dengan UMNO. Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO mencerminkan krisis parti itu kian meruncing. Penasihat PKR, DSAI berkata, ia juga mencerminkan masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. UMNO kian merosot kerana pemimpin saling berebut dan bercakaran malah rakyat semakin tidak terbela. Bagaimanapun kita mesti mengelak daripada terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin rasuah Kaji kenapa Tun keluar Bekas Menteri Besar Kedah, TS Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu bertindak demikian kerana tidak dapat menerima prestasi terburuk UMNO dan komponen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu. Barangkali ada yang seronok apabila Dr. Mahathir keluar dari UMNO seperti kata Tun Musa Hitam mengenai tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan duri dalam daging sudah terkeluar. Ada pula seorang lagi menteri melahirkan rasa lega dengan tindakan Dr. Mahathir, memang jelas banyak reaksi yang diterima daripada pelbagai pihak. Apa pun bagi saya, kita kena kaji dengan mendalam kenapa beliau mengambil keputusan keluar daripada UMNO UMNO Perak rayu Tun tidak keluar UMNOBadan Perhubungan UMNO Perak merayu bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad membatalkan hasratnya untuk keluar daripada parti. Pengerusinya, DS Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, setelah menerajui UMNO buat sekian lama iaitu selama 22 tahun, tindakan keluar daripada UMNO oleh Dr. Mahathir adalah sesuatu yang di luar dugaan. Demi bangsa, agama dan negara, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, saya merayu agar Tun Dr. Mahathir membatalkan hasrat beliau hendak keluar UMNO. Ini bagi membolehkan kita sama-sama memperkukuhkan UMNO bagi meneruskan wadah perjuangan yang belum selesai.

Pemantauan Akhbar 20 Mei, 2008


BERITA UTAMA

Mahathir keluar UMNO: (BH)
Dr. Mahathir umum keluar UMNO: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta. Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (UM)

Pak Lah tak akan tunduk desakan Mahathir: (BH)
Tunjuk kesetiaan – PM - Abdullah minta ahli UMNO bertenang, terus berjuang: PM meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO. Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi. Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut tetapi mengingatkan ahli-ahli UMNO: "Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang (UM)

Najib sanggup jumpa lagi Dr. M:
Timbalan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup berjumpa sekali lagi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas perdana menteri itu keluar daripada UMNO. Najib juga menegaskan beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO, DS Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri. Sambil berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan Dr. Mahathir itu, Najib meminta mereka terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN).

Duri dalam daging sudah terkeluar – Musa Hitam:
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti. Beliau berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang. Bagaimanapun, ahi-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar (UM)
Berita Dato' Seri Hisyamuddin Hussien:

Perbuatan Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab: Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti. Ketuanya, DSHH meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru. Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama. Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya. Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana (UM,4)

Berita Pemuda:

Mukhriz enggan komen: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir belum bersedia mengulas tindakan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini. Hari ini beliau (Mukhriz) tidak ada apa-apa komen, kemungkinan esok beliau akan membuat komen (UM,4)

ISU SEMASA

Tengku Razaleigh tetap bersama UMNO:
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menepis khabar angin bahawa beliau akan mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Mengakui terkejut dengan keputusan bekas Perdana Menteri itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan berundur daripada UMNO kerana ingin melihat parti itu kembali kukuh dan berada pada landasannya. Saya ahli UMNO dan saya mahu melihat supaya kita dapat memperbetulkan parti ini. Saya tidak akan berundur sehingga tiada jalan keluar. Tetapi saya rasa ada lagi peluang untuk kita membaiki UMNO (UM,4)

'Saya antara orang paling bahagia' - Nik Aziz Nik Mat :
"Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO. "Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu. Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya. Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi. Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan. Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular. Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas (UM,4)

Pemuda buat laporan polis dakwa Selangor gagal tunai janji:
Seorang pemuda yang pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa menipu pengundi kerana gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya, hari ini sekali lagi berbuat demikian. Kali ini, Mohd. Shaid Rosli 25, mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat apabila mengehadkan pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, selain tidak menunaikan janji, pengagihan insentif pelajaran tersebut juga tidak adil kerana pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu terdiri daripada semua peringkat masyarakat. Dulu janji nak bagi insentif ini kepada semua anak negeri yang berjaya masuk universiti dan terbaru hanya untuk keluarga berpendapatan bawah RM1,500. Memutar belit"Ini bermakna kerajaan negeri memutar belit janji-janji mereka kerana tidak semua yang mengundi pakatan pembangkang berpendapatan di bawah jumlah tersebut (UM,7)

Tindakan Tun Mahathir jejas UMNO:
Parti pembangkang berpendapat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden serta Perdana Menteri akan menjejaskan parti itu. Bagaimanapun, kebanyakan mereka menganggap tindakan Dr Mahathir itu mempunyai kaitan dengan laporan Suruhanjaya Diraja Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Klip Video V K Lingam yang menamakan beliau bersama lima yang lain antara yang mempunyai pengaruh dalam pelantikan Ketua Hakim Negara. Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, berkata Pas lebih senang mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno dan mengalu-alukan jika Dr Mahathir berhasrat menyertai parti itu. (BH,6)

Pemimpin BN terperanjat, sedih:
Tindakan memeranjatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada Umno semalam, bukan saja mengejutkan ahli parti itu, tetapi juga parti komponen BN yang bersedih mengenai tindakannya itu. Mereka berharap bekas Presiden Umno yang terkenal dengan jasanya membangunkan negara seperti dinikmati pelbagai lapisan masyarakat ketika ini supaya mengubah keputusan itu demi kebaikan BN dan negara. Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan meminta Dr Mahathir untuk memikirkan semula keputusannya kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada Umno dan BN. BN kini berdepan dengan cabaran besar dan keputusan Dr Mahathir itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada Umno atau parti komponen BN lain (BH,pg4)

Tindakan Tun Mahathir kelirukan ahli:
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO sebagai satu mesej yang mengelirukan ahli-ahli UMNO. Menurutnya, tindakan bekas Perdana Menteri itu bercanggah dengan konsep UMNO yang mengutamakan musyawarah dalam menyelesaikan masalah parti. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, tindakan tersebut boleh melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menguntungkan parti pembangkang. Beliau melahirkan kebimbangan kemungkinan langkah itu dituruti oleh Ahli Parlimen UMNO. Kita tidak tahu apa kesannya nanti kerana jika Ahli Parlimen UMNO keluar BN dan menjadi Ahli Parlimen bebas, adakah mereka akan menyokong kerajaan atau pembangkang di Dewan Rakyat (UM,6)

MB & ADUN PAKATAN RAKYAT PERAK NAIK BAS KE PARLIMEN


IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri. Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan. Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang. Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

Wednesday, May 14, 2008

Hubungan Anwar Ibrahim - Wolfowitz

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui. Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush. Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq. Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative. "Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS. Sementara itu, menyentuh isu pendidikan, Mukhriz mencadangkan Peperiksaan Tahap Profisiensi (PTP) bagi guru-guru diadakan sewaktu cuti sekolah atau ketika guru-guru menghadiri kursus. Menurutnya, peperiksaan itu yang ketika ini diadakan pada waktu yang tidak sesuai menjadi satu bebanan kepada guru-guru. Beliau berkata, guru-guru tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi PTP. "Sekiranya diberikan masa yang mencukupi, saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP akan lebih memuaskan," katanya. Kerajaan juga, kata Mukhriz, perlu memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada anak-anak muda termasuk graduan institusi pengajian tinggi dan penuntut universiti di seberang laut. "Malangnya, kita melihat kadar pengangguran masih pada tahap membimbangkan. "Atas sebab-sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka dan ada juga yang masih menganggur. "Lebih merugikan apabila bakat-bakat terbaik dalam kalangan anak-anak muda kita mengambil keputusan bekerja di luar negara, menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di negara lain," katanya. Mukhriz bimbang kalau fenomena itu tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian besar dan kesan negatif dalam jangka panjang," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak mencampuri urusan dalaman UMNO. "Apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu sebenarnya memberi hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. "Parti ini sudah mendengar dan memahami isi hati rakyat dan akan membuka satu lembaran baru," ujarnya. "Sejarah membuktikan setiap kali ia jatuh UMNO akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. UMNO tidak akan berpeluk tubuh, berdiam diri dan membuang masa," ujarnya.

Tuesday, May 13, 2008

Tanggal 13 Mei, 1969

Pada 39 tahun tarikh yang sama pada hari ini telah berlakunya satu tragedi berdarah yang cukup memeritkan bagi orang MELAYU bila mana orang asing mula memijak kepala orang MELAYU. Atas nama perpaduan dan semangat MELAYU kita telah bangkit untuk menjaga KETUANAN MELAYU agar ia tidak sekali dirobek oleh orang asing. Namun landskap politik hari ini sedikit sebanyak sama situasinya sepertimana tarikh ini pada tahun 1969. Sedarlah anak bangsaku jika kita hilang kuasa orang asing akan memijak kepala kita sepertimana Karpal memijak kepala Sultan Perak dan YDP Agong Malaysia.

Monday, May 12, 2008

Keangkuhan MP Bukit Gelugor - "Walaupun 2000 laporan polis, saya tak berganjak"

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury. Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO. “Saya tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang, tetapi ada 20 laporan polis mengenai isu Sultan Perak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat laporan polis. “Apa kredibiliti Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) untuk buat laporan polis terhadap saya?” katanya. Tindakan Karpal yang menyentuh mengenai peribadi ahli Dewan Rakyat yang lain ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ronald Kiandee di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9). Ahli Parlimen veteran itu bagaimanapun mendakwa isu tersebut penting disebut kerana terdapat 20 laporan polis dibuat terhadapnya yang merupakan satu sejarah di Malaysia. “Saya tidak mempersoalkan atau mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam di Perak tetapi baginda tidak ada kuasa dalam hal untuk menarik balik pertukaran seseorang pegawai kerajaan,” katanya. Karpal mempertikaikan mengapa beliau dituduh derhaka oleh sesetengah pihak sedangkan para pemimpin UMNO pada tahun 1993 membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan mewujudkan mahkamah khas dan menjadikan sultan sama taraf dengan rakyat. Tindakan Karpal yang menyentuh sifat dan peribadi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam perbahasannya menyebabkan Razali Ibrahim (BN-Muar) bangun mencelah menggunakan Peraturan Mesyuarat 36, 37 dan 38. Menurut Razali, isu yang dibangkitkan oleh Karpal itu perlu dihentikan memandangkan jika seseorang ahli Dewan Rakyat hendak membahaskan mengenai Raja- Raja Melayu ia perlu dibuat melalui satu usul khas. Bantahan Razali itu dipersetujui oleh Ronald yang mengarahkan Karpal agar tidak membangkitkan isu Yang di-Pertuan Agong dan Raja- Raja Melayu kerana ia bercanggah dengan peraturan Parlimen. Namun, Karpal tidak mengendahkannya dan terus memperkatakan perkara itu sehingga Razali terpaksa bangun sekali lagi menggunakan peraturan mesyuarat yang sama. Akhirnya Karpal akur dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Bagaimanapun, dalam ucapannya selepas itu beliau menyentuh pula mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis yang ditentang oleh UMNO tetapi tiada tindakan untuk menuduh para pemimpin UMNO derhaka terhadap Raja-Raja Melayu. “Mengapa ada double standard, mengapa saya menjadi mangsa?'' tegasnya. Sehubungan itu, beliau meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh Perdana Menteri dalam menentukan bentuk tindakan susulan kepada laporan-laporan polis yang dibuat terhadapnya. Razali, yang merupakan seorang peguam, kemudian bangun menjelaskan mengenai Perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu ialah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Beliau bertanya: “Jika Raja-Raja Melayu tidak boleh membuat keputusan (mengenai kedudukan pegawai jabatan agama Islam) bagaimana (baginda) hendak menjalankan fungsi tersebut?” Bagaimanapun, dalam jawapannya, Karpal bertegas mengatakan Jamry ialah pegawai kerajaan dan Sultan Perak tidak ada hak untuk mengarahkan pertukaran Jamry dimansuhkan. Razali sekali lagi bangun untuk bertanya siapa yang akan menjalankan tugas Jabatan Agama Islam Perak kalau Sultan Perak tidak ada kuasa. Karpal tidak menjawab soalan itu, sebaliknya mengulangi kenyataannya: “Gaji Jamry bukan dibayar oleh JAIP tetapi oleh kerajaan, jadi dia ialah pegawai kerajaan.”

Komen : Mengapa MP Bukit Gelugor ini masih berdegil dan bongkak dengan mentakan walaupun sebanyak mana report polis dibuat beliau tidak akan berganjak. Kalau bukan Melayu yang menerima datok nenek dia yang diperkenankan oleh Majlis Raja2 Melayu untuk mencapai Merdeka dulu aku rasa Pak Karpal Selam Singh ni takde di bumi Melayu ni. Walaupun Karpal Selam Singh ni pengamal undang2 tapi beliau sah-sah buta tentang perlembagaan Negara ini.

Mengapa Pemimpin Melayu PKR Membisu Mengenai Isu Ketuanan Melayu - Ibrahim Ali

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak."Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah. "Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu.Kalau tak jawab nanti rakyat buat macammacam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di sini. Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas. "Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa rajaraja," katanya.Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik. Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku. "ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat manamana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara. Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa," katanya. Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu 'besar kepala' dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka. "Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu," katanya.BERNAMA

Anda Tahu Apakah Tuntutan Orang-Orang Bukan Islam (Suruhanjaya Antara Agama @ IFC) ?

Ini adalah tuntutan penuh oleh Suruhanjaya Antara Agama yang kononnya untuk berlaku ADIL kepada semua agama. UNTUK APA?? Islam itu memang sudah adil dulu, kini dan selamanya.....
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Komen : Sanggupkah anda berdiam diri untuk pihak2 ini merealisasikan tuntutan ini terlaksana di bumi MALAYSIA ini??

Ucapan Bapa Kemerdekaan Negara - YM Tunku Abdul Rahman Tentang Orang Melayu Kepada Orang Bukan Melayu

“….Orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu…”

MB SELANGOR TERLUPA NAK RUJUK QURAN AGAKNYA


Tidak syak lagi bahawa kerajaan negeri Selangor akan meneruskan projek penternakan babi yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN sebelumnya. Mengapa tidak diberhentikan sahaja projek tersebut? Bukankah mereka berkuasa penuh bagi segala hal-ehwal di dalam negeri?. Mengapa wakil PAS di dalam barisan exco kerajaan negeri tidak membantah keputusan kerajaan negeri Selangor itu? Padahal ia dengan jelas bertentangan dengan syiar Islam yang PAS perjuangkan selama ini.Walaupun kerajaan negeri akan menerapkan teknologi canggih di dalam memastikan ladang penternakan itu tidak mencemarkan alam sekitar dan untuk mengatasi masalah penternakan babi haram, babi tetap haram diternak secara terbuka.Keharaman ke atas babi bagi umat Islam telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam Al Quran. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kalian dan hendaklah kalian bersyukur kepadaNya, jika benar-benar kalian bersembah sujud kepadaNya. Allah mengharamkan kalian dari memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging ternak yang tidak disembelih atas nama Allah. Namun barang siapa yang berada di dalam keadaan terpaksa (memakannya) bukan atas kemahuannya sendiri, dan tidak ia melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

[TMQ Al-Baqarah:172-173]

LKS Ketua Kafir Harbi Malaysia Kini Boleh Tidur Lena


LKS ketua kafir harbi Malaysia kini boleh tidur lena selepas berjaya mencapai matlamat berikut selepas kurang sebulan berkuasa di 5 negeri di Malaysia:
1. Projek Mega Babi bernilai hampir setengah billion (bukan juta) di Selangor.
2. Memaksa kerajaan Perak menyerahkan tanah bernilai lebih setengah billion (bukan juta) kepada Cina yang pro-DAP secara percuma. Mungkin satu kawasan tanah lagi akan diberikan kepada Kilang Kicap di Perak yang dijangka bernilai jutaan ringgit.
3. Projek Mega “Perkampungan China” di Selangor untuk menambahkan cina-cina yang bersifat karbi harbi di Malaysia.
4. Menghapuskan konsep DEB di Pulau Pinang untuk terus menindas orang Melayu.
5. Kerajaan baru Kedah yang memberi layanan istimewa kepada peniaga-peniaga daging babi di Kedah.Hampir 80% kejayaan di atas dilakukan oleh pemimpin Melayu yang sudah dijadikan anjing DAP. Ini baru 1 bulan, dah 1 billion DAP berjaya kaut keuntungan sedangkan orang Melayu tak dapat apa-apa hasil lagipun. Kalu nak menang sorak pun ialah potongan untuk 20 meter padu air pertama di Selangor. Alahai RM10 sahaja, tak apa orang Melayu sekarang tak kisah, menang sorak pun tak apa, setakat tanah tergadai. Itu harta dunia sahaja, yang penting syurga sudah ditangan mereka.
Sahabat Sebangsa & Seagamaku....
Hayatilah erti sebuah perjuangan, marilah bersama-sama kita memastikan kita agar Ketuanan MELAYU ini terus kekal agar ISLAM itu terus terjamin. Apa guna MELAYU kita bergaduh sesama sendiri, Apa guna MELAYU kita berhasad dengki, Apa guna MELAYU kita berpecah, Apa guna MELAYU kita idealogi bercanggah, Apa guna jika bangsa kita merempat dan menjadi bangsat. Marilah bersatu bagi menjamin NASIB ANAK, CUCU, CICIT BANGSA KITA terus mendapat kenikmatan dan kebahagiaan selamanya sehingga BUMI ini ditarik semula oleh ALAH S.W.T...Jangan parah baru kita nak terngadah..Mana MELAYU nak pergi nanti sedangkan bangsa lain seluruh dunia berlumba mendapatkan tempat DIBUMI MELAYU INI. Sedarlah wahai anak bangsaku...Ayuh mari kita BERSATU atas nama MELAYU...

Betapa Dayusnya MB Perak


Betapa dayusnya MB Perak, setelah sekian lama Karpal Singh dihentam kerana keceluparannya menyanggah kedaulatan SULTAN PERAK mengenai tindakan memerintah IR.NIZAR menarik balik arahannya terhadap pengarah JAIP kerana telah bersikap kurang ajar membelakangkan pihak Kesultanan Melayu Perak. Belajar tinggi tetapi perlembagaan negeri bengap..rakyat biasa pun cerdik la...Pagi tadi di lobi Parlimen beliau menziarah Karpal Singh untuk memberikan sokongan kepada Pengerusi DAP diatas tekanan dan tindakan yang bakal dikenakan keatasnya mencabar YDPA dan Sultan Perak. Ada ke patut seminggu beliau mendiamkan diri terhadap isu kontreversi yang dibuat oleh Karpal dijawab dengan ayat ringkas.."itu adalah pendapat peribadi Karpal Singh dan beliau berhak atas pendiriannya"...Itulah dia jelas menunjukkan orang MELAYU yang diangkat oleh DAP untuk diperkudakan dan diperbodohkan. Masih tidak sedarkah IR. NIZAR bangsa lain sedang nak menjatuhkan maruah bangsa MELAYU. Ibubapa mu juga ku rasakan orang MELAYU..Malulah sikit sebagai Wakil Rakyat MELAYU dan diangkat oleh orang MELAYU DUN PASIR PANJANG untuk menjaga kepentingan orang MELAYU dan menjaga kepentingan ISLAM.Bukannya mike tak tahu DAP tu sampai ke mati pun idaknya nak mengaku MALAYSIA ini sebuah negara ISLAM.Mahukah MB PERAK melihat anak bangsa MELAYU di Perak menjadi terpinggir seperti MELAYU di PENANG atau saudara MELAYU kita di SINGAPORE dibawah kerajaan PAP iaitu parti asas kepada DAP yang menjadi dalang kepada trajedi 13 MEI, 1969. Bangkit anak MELAYU pertahankan bumi kita agar tidak dicabar oleh bangsa lain sedangkan kita MELAYU dan ISLAM TIDAK PERNAH NAK MENCABAR APATAH LAGI NAK MENYIBUK DENGAN BANGSA MEREKA.

Sunday, May 11, 2008

SYOR KEBEBASAN MEDIA - KHAIRY

Tokoh akademik, kesatuan wartawan dengarnya memuji langkah berani Khairy Jamaluddin (MP Rembau) atas kenyataannya supaya meminda atau menghapuskan sama sekali Akta Percetakan dan Penerbitan bagi menjamin kebebasan media dalam membuat laporan.Aku rasa ini adalah pandangan paling bernas yang pernah aku dengaq dari Khairy ni. Hangpa rasa baguih dak cadangan ni....

Tuesday, May 6, 2008

Mengapa ada pihak mempertikaikan bidang kuasa DYMM Sultan Perak di atas kebiadapan yang ditunjukkan oleh MB Perak dengan isu pertukaran Pengarah JAIP yang juga Setiausaha MAIAIP. Apakah kerana tindakan pertukaran tersebut dilakukan oleh MB Kerajaan Pakatan Rakyat maka Ahli Parlimen Bukit Gelugor bebas mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak ini. Siapa setuju sila angkat tangan....

Anak Beranak Penderhaka Negara

Penderhaka Negara...
Mana anak BANGSAKU bergelar Melayu. Sedangkan Raja Melayu dan Perlembagaan Negara dihenyak oleh bangsa lain tetapi kita masih boleh tersenyum dan mengiyakan tohmahan mereka. Sedangkan Raja2 Melayu adalah lambang kedaulatan TANAH MELAYU ini. Apakah wakil rakyat Bukit Gelugur dan anaknya Parlimen Puchong ini terlupa asal usulmu. Belajar hidupmu daripada sejarah negara ini. Secerdik mana manusia ini dan keluarganya, kalau tak reti menghormati Perlembagaan Negara, apa perlu kita lakukan sebagai BANGSA MELAYU dan tuan tanahair ini kepada penderhaka sepertinya!!