Showing posts with label bukit gantang. Show all posts
Showing posts with label bukit gantang. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

Fitnah adalah kegemaran mereka

Lihat saja banner dibawah ini. Elok sungguh Harakah dan Suara Keadilan disekat percetakannya.

fitnah_sokmo

Perkataan PEMBUNUH (C4) tu nampak sangat ditujukan kepada DS Najib. Apa bukti mereka Najib terlibat dengan Altantuya? Ini semua hasil dakyah dajjal Bro Anwar Bin Ibrahim yang mengajor mereka fitnah itu tak apa.

Pengundi Bukit Gantang mesti tolak Nizar untuk mengalahkan DAP dan Bro Anwar.

Tuesday, March 24, 2009

Maharaja Shih Huang Nizar yang sesat di Tanah Melayu


Maharaja Shih Huang Nizar yang sesat di Tanah Melayu.
Hanya menerima nasihat panglimanya Ngeh Ho dan Nga He.
Memberi tanah kepada anak-beranak,cucu-cicit,kawan-kawan,
sepupu-sepapat Ngeh Ho dan Nga He selama 999 tahun supaya
Maharaja Nizar terus berkuasa.
Melayu di Bukit Gantang perlu menolak Maharaja Nizar.

Nizar boneka DAP: PERJANJIAN PANGKOR 2

PERJANJIAN PANGKOR 2

Difahamkan sebelum DAP Perak melantik wakil PAS menjadi Menteri Besar, DAP yang di ketuai oleh Pengerusi DAP Perak iaitu Ngeh Koo Ham telah memaksa Ir Nizar Jamaluddin ( Wakil PAS Perak ) untuk menandatangani surat perjanjian yang menyebut perkara-perkara berikut :-

1. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut PERAK AKAN MENJALANKAN PEMERINTAHAN ISLAM.

2. Nizar Jamaluddin akan dipersetujui sebagai MB Perak tetapi tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau Bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB , sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil PKR dan 1 wakil PAS.

5. DAP juga menuntut Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak hendaklah daripada DAP.

AKIBATNYA

1. Dua wakil DAP iaitu V. Sivakumar dan Hee Yit Foong dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN Perak.

2. Kedudukan istemewa dalam memegang Jawatan Exco Perak telah dimonopoli oleh DAP iaitu DAP memegang portfolio yang penting iaitu Kewangan, Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan. Manakala PKR memegang portfolio Koperasi, Pertanian, Penerangan dan NGO. PAS hanya memegang portfolio Hal Ehwal Islam sahaja.

3. Kerajaan Perak juga menjual lot perumahan yang diperuntukkan kepada Bumiputera di pasaran terbuka dengan alasan ia masalah stok tergantung. 130 unit lot perumahan telah diluluskan untuk dijual di pasaran terbuka dengan nilaian harga RM 5 juta kesemuanya.

4. DAP juga telah membelakangi Sultan Perak yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Perak dalam kes pemecatan Pengarah Majlis Agama Islam Perak.

5. MB Perak juga telah meluluskan hak pemilikan kekal tanah kepada 48 ribu orang Cina di kampung-kampung baru seluruh Perak.

11 sebab Nizar tidak perlu dipilih di Bukit Gantang

Di kanan Nizar tu ialah pemain boneka. Bonekanya adalah Nizar.

1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak. Memang dia derhaka pun malah derhaka kepada Nik Aziz.

2. Semasa menjadi MB Perak, dia jadi boneka DAP.

3. Dia team Erdogan yg pro Anwar yg disokong Zionis.

4. Dia luluskan tanah kepada Cina selama 999 tahun.

5. Dia bukan calon pilihan Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Koo Ham.

6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang

7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta.

8. Dia lebih bertuankan Anwar Ibrahim daripada PAS, bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar dia akan sokong

9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yg kena tangkap & sakit sapa?

10. Datuk Haron sani, Mufti Perak memfatwakan Nizar adalah penderhaka. Siapa yg harus kita percayai antara 2 ini?

11. Nizar tidak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala, macam mana kita nak tegur dia nanti?

END

Monday, March 23, 2009

Penderhaka jadi calon PAS P.059


Nizar calon PAS Bukit Gantang

23/03/2009 11:06pm

TAIPING 23 Mac – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini. - Utusan

P.A: Lebih kurang 5000 lebih yang datang ke penamaan calon PAS di Simpang. Suasana keadaan di Simpang apabila Nizar disebut sebagai calon kurang mendapat sambutan audiens yang hadir. Apabila takbir dilaungkan, hanya segelintir sahaja yang menyahutnya. Adakah ini tanda penyokong pembangkang makin sedar Nizar adalah penderhaka?