Showing posts with label dap. Show all posts
Showing posts with label dap. Show all posts

Friday, April 3, 2009

PAS makin terdesak

POLITIK ALA MACHIAVELLI MENJADI SANDARAN PAS.

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!!

YANG PENTING MEREKA MENANG!!!

FITNAH DIHAMBUR UMPAMA MINUM SIRAP!!!

SDC14304

DS Najib dah pun jadi PM Malaysia ke-6. Nak fitnah lagi? Nanti kebaikan yang DS Najib bawa untuk Malaysia, tuan punya kereta ini jugak yang merasa nikmatnya. Tak sedar diri, macam Nizar perasan MB.

SDC14305 

SDC14307

Macam biasalah puak-puak yang dah terpengaruh dengan dakyah DAP. Poster diatas jelas menunjukkan sikap suka memfitnah.

SDC14301

Bilik perkhidmatan DAP Pokok Assam di Taiping. Mereka sokong PAS ada udang disebalik batu.

Orang Melayu di Bukit Gantang mesti menolak Nizar. Mengundi Nizar bermakna memenangkan DAP, merugikan Melayu tak kira PAS atau UMNO.

Wednesday, April 1, 2009

Fitnah adalah kegemaran mereka

Lihat saja banner dibawah ini. Elok sungguh Harakah dan Suara Keadilan disekat percetakannya.

fitnah_sokmo

Perkataan PEMBUNUH (C4) tu nampak sangat ditujukan kepada DS Najib. Apa bukti mereka Najib terlibat dengan Altantuya? Ini semua hasil dakyah dajjal Bro Anwar Bin Ibrahim yang mengajor mereka fitnah itu tak apa.

Pengundi Bukit Gantang mesti tolak Nizar untuk mengalahkan DAP dan Bro Anwar.

Beginilah Nizar terikat dengan DAP

nizar_katun_big

Tolak Nizar bermakna menolak DAP kafir harbi. Dulu Nizar juga cakap undi bukan Islam berdosa. Sekarang dia pulak jadi calon pilihan bukan Islam iaitu DAP kafir harbi boleh pulak? Pusing punya orang.

Pengundi Bukit Gantang mesti tolak Nizar. Jangan undi Nizar.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar boneka DAP: PERJANJIAN PANGKOR 2

PERJANJIAN PANGKOR 2

Difahamkan sebelum DAP Perak melantik wakil PAS menjadi Menteri Besar, DAP yang di ketuai oleh Pengerusi DAP Perak iaitu Ngeh Koo Ham telah memaksa Ir Nizar Jamaluddin ( Wakil PAS Perak ) untuk menandatangani surat perjanjian yang menyebut perkara-perkara berikut :-

1. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut PERAK AKAN MENJALANKAN PEMERINTAHAN ISLAM.

2. Nizar Jamaluddin akan dipersetujui sebagai MB Perak tetapi tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau Bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB , sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil PKR dan 1 wakil PAS.

5. DAP juga menuntut Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak hendaklah daripada DAP.

AKIBATNYA

1. Dua wakil DAP iaitu V. Sivakumar dan Hee Yit Foong dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN Perak.

2. Kedudukan istemewa dalam memegang Jawatan Exco Perak telah dimonopoli oleh DAP iaitu DAP memegang portfolio yang penting iaitu Kewangan, Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan. Manakala PKR memegang portfolio Koperasi, Pertanian, Penerangan dan NGO. PAS hanya memegang portfolio Hal Ehwal Islam sahaja.

3. Kerajaan Perak juga menjual lot perumahan yang diperuntukkan kepada Bumiputera di pasaran terbuka dengan alasan ia masalah stok tergantung. 130 unit lot perumahan telah diluluskan untuk dijual di pasaran terbuka dengan nilaian harga RM 5 juta kesemuanya.

4. DAP juga telah membelakangi Sultan Perak yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Perak dalam kes pemecatan Pengarah Majlis Agama Islam Perak.

5. MB Perak juga telah meluluskan hak pemilikan kekal tanah kepada 48 ribu orang Cina di kampung-kampung baru seluruh Perak.