Sunday, April 4, 2010

MENGAPA PERLU BOIKOT BTN?

Dalam sya~reformis.blogspot.com juga ada iklan sepertimana gambar diatas. Apa perlu kita BOIKOT agensi kerajaan seperti BTN ini. Teman pernah beberapa kali mengikuti kursus BTN ini sejak dibangku sekolah lagi. Tiada masalah pun. Karpal Singh + Lim Kit Siang + Juak2 Pembangkang menuduh BTN ini rasis, bagi teman takdepun modul kursusnya membangkitkan kebencian sesama kaum. Malah kursus BTN menggalak peserta untuk terus memelihara keselamatan negara, pencapaian soiso-ekonomi yang baik sesama kaum dan terus menyayangi negara ini. Konsep 1 Malaysia dalam kursus BTN lama sudah diterapkan, kenapa pihak pembangkan merasakan agensi ini RASIS. Kalau nak katakan RASIS, DAP lagi rasis dengan gagasan perjuangan mereka MALAYSIAN MALAYSIA yg mahukan hak kesamarataan bagi semua kaum dengan membelakangkan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Malaysia.
Namun gagasan 1 Malaysia berlandaskan Perlembagaan tanpa menafikan hak lain2 bangsa hasil daripada Kontrak Sosial yang disepakati dan Keistimewaan Hak Orang Melayu diwarisi kerana tuan punya tanahir ini. Kita terima bangsa lain sebagai warganegara sepertimana Jus Soli dan tuntutan perlembagaan dan syarat tuntutan kemerdekaan oleh pihak penjajah British dahulu. Kalau tak setuju dengan 1 Malaysia dan keistimewaan Orang Melayu teman rasa HAK KEWARGANEGARAAN mereka juga perlu dikaji, sekolah aliran merejka juga perlu dikaji, agihan kek ekonomi juga perlu dikaji dan macam2 lagi...ada berani?
P/S : Ada sesiapa boleh respon perlunya BOIKOT BTN ini? TQVM

1 comment:

Anonymous said...

Entah BH. Teman rasa dema takut dgn bayang2 sendiri. Anwar ada link dgn US dan Kesatuan Yahudi Barat pun kita tak takut. Tapi dia yg takut2 nak dibicarakan heboh satu dunia kononnya dia tak bersalah meliwat. Mahkamah yg tentukan yeop tapi blum apa2 takut hukuman. Org jenis nie mmg bersalah le namanya tue.