Friday, June 20, 2008

HUTANG LAPUK 33,957 PEKEBUN KECIL DIHAPUSKAN:

Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk 33,957 pekebun kecil di seluruh negara. Ia melibatkan pinjaman sebanyak RM139.64 juta sejak tahun 1979. Menteri berkenaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata langkah itu bertujuan meringankan beban pekebun kecil berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga bahan api. Komen Tan Sri Muhammad Muhd Taib: "Sejumlah RM130.4 juta pinjaman melibatkan sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan dilupuskan yang meliputi Kredit Sara Hidup, Pinjaman Pengurusan Mini Estet dan Pinjaman Perumahan Mini Estet."

Sejak 1979 sejumlah RM204.7 juta telah diberikan kepada pekebun kecil dalam bentuk pinjaman kerajaan dan pinjaman Risda. Pelupusan pinjaman itu antAranya akan meringankan beban tanggungan kewangan 15,141 pekebun kecil yang memiliki tanah kurang daripada dua hektar dengan pendapatan RM100 sebulan. Selaras dengan keputusan itu juga kerajaan berharap para pekebun kecil terus meningkatkan produktiviti selaras dengan saranan kerajaan mewujudkan pekebun kecil berdikari. Tan Sri Muhammad berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO) di ibu negara.
Banihakim Said : Kerajaan banyak beri peluang untuk membantu rakyat tetapi rakyat masih BUTA HATI untuik menyokong kerajaan dan menyalahkan KERAJAAN sahaja. Seharusnya kita bersyukur kerana KERAJAAN sedia ada masih membela nasib rakyat yang susah. Tidak seperti pihak PAKATAN RAKYAT yang dalam manifesto PRU12 kononnya nak wujudkan NEGARA KEBAJIKAN. Apakah ini bukan kebajikan pihak KERAJAAN sedia ada ke? Dan apa bentuk KEBAJIKAN yang telah PAKATAN RAKYAT LAKSANAKAN???Hampeh cakapa lebih kerja takde...Inilah yang dikatakan golongan MUNAFIKKIN.

No comments: