Friday, June 20, 2008

PRESTASI MB KEDAH SEMPENA 100 HARI PENTADBIRAN : NAK TEBANG BALAK


MB KEDAH PERTAHAN CADANGAN TEBANG BALAK DI KAWASAN TADAHAN: Kerajaan Kedah akan mengotakan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya Kerajaan Pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun kepadanya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri memerlukan wang itu untuk menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan, berikutan kenaikan harga minyak 5 Jun lalu. Beliau ditanya mengenai kenyataannya semalam bahawa kerajaan negeri akan menebang balak di kawasan tadahan air.

Azizan mengumumkan cadangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, yang berkata langkah itu sebagai tindak balas terhadap kelewatan Kerajaan Pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri.

Banihakim Said : Nampak sangat prestasi MB Kedah terlalu lemah sehinggakan baru 100 hari mentadbir negeri KEDAH Hijau Kuning duit negeri sudah habis. Maka sebab itu sibuk nak tebang BALAK yang menjadi tadahan air hujan untuk kegunaan sumber air bersih penduduk RAKYAT KEDAH serta SALIRAN AIR KE SAWAH PADI. Sanggup Ustaz Azizan nak ubah ciptaan ALLAH untuk kepentingan politiknya dan menyusahkan rakyat dengan ANCAMAN air bersih serta air berkurangan untuk disalurkan ke sawah padi. Mungkin KEDAH tidak lagi dikenali negeri JELAPANG PADI kerana sawah ada AIR tiada. Fikir2kanlah cara lain untuk mendapatkan sumber kewangan wahai Ustaz MB.

1 comment:

Bani Tanjong said...

Salam...Nampaknya Ustz Azizan ingkar kata Mursyidul Am PAS iaitu jgn digadaikan balak2 sedia ada utk dapatkan duit bagi pentadbiran di Kedah. Ustz Azizan berkeras nak tebang juga. La ni degaq citer mereka berdua tak bertegur sapa lepas Ceramah Perdana Nik Aziz dan Ust Azizan di Muassasah Ulum Pokok Sena. Boleh jadi cengitu plak.