Sunday, April 4, 2010

1 Malaysia = 1 Israel - "Menurut Anwar Ibrahim"

Anwar dengan angkuh dalam pergulungan titah YDPA di parlimen menyatakan gagasan 1 Malaysia yg diperkenalkan oleh PM Malaysia adalah sama sepertimana dilakukan di Israel dengan One Israel. Beliau cuba nak kelirukan masyarakat. Anwar memang licik dan kaki auta rakyat dengan mencipta pelbagai kontreversi demi kepentingan diri. Saling tak tumpah cara Anwar ini sama dengan MACHIAVELLI iaitu bentuk politik matlamat menghalalkan cara. Itulah pegangan dan hasilnya adalah serangan secara berterusan dilakukan untuk merebut kuasa dan menyembunyikan tujuan2 tertentu.
Sejak Dato' Seri Najib perkenalkan 1Malaysia, pelbagai tafsiran serong dibuat oleh sesetengah pihak seperti konsep MALAYSIAN MALAYSIA (Gagasan PAP/ DAP ) yang diperjuangkan sejak tahun 1960-an. Kini Anwar Ibrahim pula dengan tafsirannya menuduh 1Malaysia meniru konsep One Israel yang dicetuskan oleh Ehud Barak pada awal tahun 1990-an. Pada saya tiada persamaan antara kedua2nya. One Israel menganggap kaun YAHUDI adalah merupakan bangsa pilihan. Manakala lain2 bangsa dan keturunan merupakan musuh yang wajar ditentang termasuk keutunan Pa;estin yang menjadi penduduk asal Israel. Malah pelampau Yahudi juga tidak membenarkan perkahwinan campur, oleh kerana bimbang bahawa akar umbi bangsa yahudi akan lenyap. Ini berbeza sama sekali dengan 1 Malaysia dimana kita tidak terdapat elemen penghapusan etnik serta kebencian terhadap mana2 kumpulan etnik. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia lain2 bangsa bebas menjalankan tuntutan agama mereka dalam keadaan aman dan harmoni serta saling bekerjasama. Walau bagaimanapun mereka perlu mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. Sifat 1Malaysia walaupun berbeza latar belakang budaya, puak, kaum dan sebagainya ia bukan halangan untuk hidup dengan aman tidak seperti di Palestine dan One Israel tadi. Hakikatnya perbezaan inilah diangkat sebagai sesuatu yg positif, saling mengenali antara satu sama lain dan memahami adat resam masing2.
Banihakim Said : Anwar bahak kepada segala pembohongan. Buktinya sahaja cukup banyak dan terbaru pembongkaran niat jahat Anwar oleh bekas sekutunya yg keluar daripada Barisan PKR menjadi Ahli Parlimen BEBAS. MasyaAllah

No comments: