Monday, February 2, 2009

KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN UMNO :

Pengundi-pengundi di kawasan DUN Bota merayu kepada ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang berhijrah ke PKR supaya kembali semula ke pangkuan Umno bagi membela nasib bangsa Melayu di negeri Perak.

Hasrat itu diterjemahkan apabila lebih 200 pengundi di cawangan beliau, Cawangan Bota Kiri membuat perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada pegawai peribadinya Syed Mohd Syed Mohd Ramli di Dewan Orang ramai Kg Ekor, Bota. Ia bertujuan merayu kepada Datuk Nasaruddin untuk memikirkan semula tindakannya itu demi perpaduan masyarakat Melayu serta Umno Bahagian Parit. Syed Mohd yang juga Ketua Bahagian Umno Bota Kiri berkata beliau sanggup memberikan laluan kepada Datuk Nasaruddin untuk memimpin untuk memimpin cawangan yang diterajuinya sejak 2004.
Bani said : Orang yang udah keluor dengan rela usah diseru, dirayu apatah lagi ditandu untuk masuk semula memimpin mike di Bota tu. Bukannye dia sorang ajer yg boleh memimpin org Bota, ramai lagi yang lebih berkarisma daripada bekas PTD ni. Teman pikior bior YB Nasa tu dengan dunia barunye ni sebab biar dia nyesal hingga anak cucunya nanti. Pemimpin roper ini ibarat habis madu sepah dibuang. Kerana bersama PKR mungkin YB Nasa dapat banyak peruntukan untuk menjaga maintanance diri dan isteri-isterinya. Bersama UMNO kume rase YB Nasa payoh nak mantained ibarat saing teman di Bota khabor...klau bini muda dia lalu lalang pun tegak nak nengoknyer...Hehehe ader juga manusia roper ini.

No comments: