Tuesday, February 24, 2009

SPRM LEBIH MANTAP DAN MENYELURUH: TAHNIAH

Apa ada pada nama, bagi Perdana Menteri segala-galanya apabila bercakap mengenai badan bertanggungjawab memerangi rasuah. Beliau berkata berkata kerajaan tidak mahu penubuhan SPRM ini dilihat sebagai retorik semata-mata atau dilihat sebagai sekadar penjenamaan semula BPR menjadi SPRM.

PM Berucap: “Tanpa perubahan ketara ke atas struktur dan keberkesanannya, kerajaan sedar bahawa isu-isu berhubung persepsi ketidakbebasan BPR, tuduhan sebagai 'harimau tak bergigi', penguatkuasaan terpilih, kelewatan bertindak, serta tuduhan penyiasatan tidak profesional, sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kredibiliti BPR.”

Sementara itu bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad adalah antara anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang diumumkan. Turut dilantik Pengerusi Institut Akhbar Malaysia yang juga Penasihat Editorial BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, SPRM.Pengumuman dan penerimaan pelantikan berlangsung selepas majlis pelancaran SPRM oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). SPRM wujud mulai 1 Jan tahun ini bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tujuan utamanya adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

Berikut ialah senarai penuh pelantikan yang diumum hari ini:
LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH
1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas peguam cara, pejabat Peguam Negara)
8. Datuk Rashpal Singh A/L Jeswant Singh
9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
12. R.Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH
1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)
2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)
3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)
4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)
5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)
6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)
7. Datuk Kamaruddin Zakaria
8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)
9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)
10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)
11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)PANEL

PENILAIAN OPERASI
1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful Malaysia Berhad)
2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)
3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)
4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)
5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)
6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)
7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

JAWATANKUASA ADUAN
1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)
4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)
5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH
1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)
2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)
3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)
4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)
5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)
6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)
7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

1 comment:

Bani Tanjong said...

Tahniah Pak Lah. Satu kemajuan dalam membanteras rasuah di negara ini. Teman nengok semua panel terdiri daripada ahli akademik, perundangan,politik kerajaan & pembangkang so lepas ni jgn nak menuduh sesaja je agensi kerajaan mengenai peranan SPRM. Agensi ditubuhkan untuk kebaikan semua bukan untuk sebelah pihak saje.