Tuesday, February 24, 2009

PILIHAN RAYA KECIL BATANG AI PERLU DIADAKAN – SPR :

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Batang Ai di Sarawak perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot, 56. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011. Mengenai tarikh pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu. Beliau berkata, Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat terbabit sehari dua lagi.
Banisaid : Teman rasa ini adalah tahun yg paling banyak Pilihanraya Kecil gamaknyer. Tiga BUKIT sedang menunggu. Selepas ini satu BATANG...mungkin akan banyak BATANG yang akan menyusul...erm..BATANG BERJUNTAI, BATANG BENAR, KALIBATANGAN atau apa-apa lah. Maka dalam ekonomi yg tak berapa elok ini teman berdoa pada Allah tiada pertandingan coz tak banyak le duit keluar ungtuk proses pilihanraya nie.

No comments: