Wednesday, May 28, 2008

Apahal2 Kecoh2 Dalam Harakahdaily Nie?

1) Bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid meramalkan UMNO akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.
Sanusi, yang keluar UMNO bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden UMNO itu meninggalkan parti.
2) Ketua Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Salleh membidas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar.
Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.
3) Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Kementerian Pelajaran merujuk kepada para mufti atau ulama untuk mendapatkan nasihat berhubung isu pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang dilihat sebagai salah satu penyumbang peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar.
Ia katanya bukan sahaja melibatkan soal pakaian tetapi sebaliknya menggesa agar satu langkah berkesan diambil secara menyeluruh di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan aman dari anasir maksiat dan mungkar di kalangan pelajar sekolah

No comments: