Tuesday, May 20, 2008

PEMANTAUAN AKHBAR

RABU, 21 MEI 2008

BERITA UTAMA

Ikrar setia bersama UMNO: (BH)
Ikrar setia pada PM - Ahli-ahli Parlimen UMNO mahu Abdullah terus terajui parti, negara: Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara. Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu. (UM)

Mukhriz tak ikut jejak Dr Mahathir: (BH)
'Saya tidak ikut jejak bapa': Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan keluar daripada UMNO untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak keluar parti itu semalam. Mukhriz, yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau memutuskan untuk kekal dalam parti bagi membolehkannya lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini agar perubahan drastik dapat dilakukan dalam pucuk pimpinan tertinggi parti. Ada rakan-rakan yang mahukan saya keluar daripada parti, malah ada antara mereka meminta saya kekal demi untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pucuk pimpinan UMNO berubah. Saya tidak ikut jejak bapa tapi akan tetap setia sebagai ahli UMNO dan akan menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO (UM)

Shafie Afdal : Tidak wajar anggap Dr. M 'duri dalam daging': Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, DS Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan (UM).

Jangan pandang rendah ancaman siber: PM kata, setiap kerajaan tidak harus memandang rendah terhadap ancaman siber kerana kesannya boleh membawa mudarat kepada kehidupan manusia. Tambahnya, ancaman siber mampu merosakkan sistem dan infrastruktur sesebuah negara dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian, kecederaan manusia selain mampu melumpuhkan sistem ekonomi. Dengan mengambil contoh negara Estonia iaitu salah sebuah nagara yang maju dalam ICT di Eropah, beliau berkata, pada tahun lepas, negara itu telah mengalami ancaman siber yang serius selama tiga minggu. (UM)

Berita Dato' Seri Hisyamuddin Hussein:

Tindakan Dr M keluar parti tak beri manfaat: (BH)
Utamakan parti-Hishammuddin berkata, Pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO perlu mengutamakan parti daripada kepentingan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. DSHH menegaskan, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO harus mematuhi prinsip tersebut untuk meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu ataupun kepentingan kedua-dua pemimpin tersebut. Saya sedih keadaan ini (Dr. Mahathir keluar parti) berlaku tetapi sebagai pemimpin Pemuda UMNO kita perlu memperkukuhkan semula parti dan bergerak kehadapan (UM,4)

ISU SEMASA

Jangan beri reaksi keterlaluan: Pelbagai pihak di negara ini diminta tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan memberikan reaksi keterlaluan terhadap tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, DS Dr. Rais Yatim berkata, sebaiknya sekarang perkara itu harus dibiarkan 'terapung sebentar' sementara kaedah penyelesaian terbaik difikirkan agar Melayu dan UMNO tidak rugi pada akhirnya. Kita tak boleh bertindak tergesa-gesa dan jangan sakiti hati mana-mana pihak kerana masing-masing ada pengikut dan pengaruh. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi jangan terlangsung sangat buat kenyataan hingga merugikan bangsa Melayu dan UMNO sendiri. Ini bermakna para veteran dan muda perlu dinginkan fikiran masing-masing dan tidak jadi juara secara musang berjanggut, ertinya tidak berpura-pura (UM,4)

Berikan ahli kuasa: Semangat perjuangan UMNO boleh dipulihkan dengan memberi kuasa kepada ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi dalam menentukan pemimpin mereka. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini bagi memastikan individu yang dipilih bagi menerajui UMNO boleh diterima segenap lapisan ahlinya dan bukan hanya oleh kumpulan tertentu dalam parti berkenaan. Semangat perjuangan UMNO ini perlu dibaiki supaya ia dapat ditanam balik ke dalam sanubari ahli UMNO lain. Kalau pulangkan balik kuasa kepada ahli-ahli UMNO, saya yakin ini akan selamatkan parti ini (UM,4)

Saya tidak sangka Dr. M benar-benar keluar parti: "'Saya bukan cabar tapi hanya mengemukakan pendapat. Saya tidak sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad akan benar-benar keluar daripada UMNO.'' Itulah penjelasan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Warga Darul Aman, Ismail Wan Teh yang kononnya menjadi pencetus kepada keputusan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu keluar daripada parti berkenaan semalam. Pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sini semalam, beliau bertanya kepada Dr. Mahathir sama ada bekas Perdana Menteri itu berani untuk meletakkan jawatan setelah berulang kali menghentam pemimpin UMNO. Menurut Ismail, tujuannya bertanyakan soalan sedemikian hanya mengingatkan Dr. Mahathir supaya bertanggung jawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya ketika masih berada di dalam UMNO. Bagi beliau, tindakan Dr. Mahathir yang mengeluarkan kritikan pedas kepada pemimpin UMNO seolah-olah menggambarkan beliau terlalu marah dan kecewa dengan UMNO. (UM,6)

Tindakan Tun cerminkan krisis: Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO mencerminkan krisis parti itu kian meruncing. Penasihat PKR, DSAI berkata, ia juga mencerminkan masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. UMNO kian merosot kerana pemimpin saling berebut dan bercakaran malah rakyat semakin tidak terbela. Bagaimanapun kita mesti mengelak daripada terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin rasuah (UM,6)

'Kaji kenapa Tun keluar UMNO': Bekas Menteri Besar Kedah, TS Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu bertindak demikian kerana tidak dapat menerima prestasi terburuk UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu. Barangkali ada yang seronok apabila Dr. Mahathir keluar dari UMNO seperti kata Tun Musa Hitam mengenai tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Ada pula seorang lagi menteri melahirkan rasa lega dengan tindakan Dr. Mahathir, memang jelas banyak reaksi yang diterima daripada pelbagai pihak. Apa pun bagi saya, kita kena kaji dengan mendalam kenapa beliau mengambil keputusan keluar daripada UMNO (UM,pg6)

UMNO Perak rayu Tun tidak keluar UMNO: Badan Perhubungan UMNO Perak merayu bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad membatalkan hasratnya untuk keluar daripada parti. Pengerusinya, DS Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, setelah menerajui UMNO buat sekian lama iaitu selama 22 tahun, tindakan keluar daripada UMNO oleh Dr. Mahathir adalah sesuatu yang di luar dugaan. Demi bangsa, agama dan negara, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, saya merayu agar Tun Dr. Mahathir membatalkan hasrat beliau hendak keluar UMNO. Ini bagi membolehkan kita sama-sama memperkukuhkan UMNO bagi meneruskan wadah perjuangan yang belum selesai (UM,6)

Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara. Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan keluar daripada UMNO untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak keluar parti itu semalam. Mukhriz, yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau memutuskan untuk kekal dalam parti bagi membolehkannya lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini agar perubahan drastik dapat dilakukan dalam pucuk pimpinan tertinggi parti. Ada rakan-rakan yang mahukan saya keluar daripada parti, malah ada antara mereka meminta saya kekal demi untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pucuk pimpinan UMNO berubah. Saya tidak ikut jejak bapa tapi akan tetap setia sebagai ahli UMNO dan akan menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO
Tidak wajar anggap Dr. M duri dalam daging. Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan duri dalam daging sudah terkeluar. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, DS Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan. PM kata, setiap kerajaan tidak harus memandang rendah terhadap ancaman siber kerana kesannya boleh membawa mudarat kepada kehidupan manusia. Tambahnya, ancaman siber mampu merosakkan sistem dan infrastruktur sesebuah negara dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian, kecederaan manusia selain mampu melumpuhkan sistem ekonomi. Dengan mengambil contoh negara Estonia iaitu salah sebuah nagara yang maju dalam ICT di Eropah, beliau berkata, pada tahun lepas, negara itu telah mengalami ancaman siber yang serius selama tiga minggu. Pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO perlu mengutamakan parti daripada kepentingan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. DSHH menegaskan, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO harus mematuhi prinsip tersebut untuk meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu ataupun kepentingan kedua-dua pemimpin tersebut. Saya sedih keadaan ini Dr. Mahathir keluar parti berlaku tetapi sebagai pemimpin Pemuda UMNO kita perlu memperkukuhkan semula parti dan bergerak kehadapan. Pelbagai pihak di negara ini diminta tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan memberikan reaksi keterlaluan terhadap tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, DS Dr. Rais Yatim berkata, sebaiknya sekarang perkara itu harus dibiarkan terapung sebentar sementara kaedah penyelesaian terbaik difikirkan agar Melayu dan UMNO tidak rugi pada akhirnya. Kita tak boleh bertindak tergesa-gesa dan jangan sakiti hati mana-mana pihak kerana masing-masing ada pengikut dan pengaruh. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi jangan terlangsung sangat buat kenyataan hingga merugikan bangsa Melayu dan UMNO sendiri. Ini bermakna para veteran dan muda perlu dinginkan fikiran masing-masing dan tidak jadi juara secara musang berjanggut, ertinya tidak berpura-pura. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini bagi memastikan individu yang dipilih bagi menerajui UMNO boleh diterima segenap lapisan ahlinya dan bukan hanya oleh kumpulan tertentu dalam parti berkenaan. Semangat perjuangan UMNO ini perlu dibaiki supaya ia dapat ditanam balik ke dalam sanubari ahli UMNO lain. Kalau pulangkan balik kuasa kepada ahli-ahli UMNO, saya yakin ini akan selamatkan parti ini Saya bukan cabar tapi hanya mengemukakan pendapat. Saya tidak sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad akan benar-benar keluar daripada UMNO.Itulah penjelasan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Warga Darul Aman, Ismail Wan Teh yang kononnya menjadi pencetus kepada keputusan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu keluar daripada parti berkenaan semalam. Pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sini semalam, beliau bertanya kepada Dr. Mahathir sama ada bekas Perdana Menteri itu berani untuk meletakkan jawatan setelah berulang kali menghentam pemimpin UMNO. Menurut Ismail, tujuannya bertanyakan soalan sedemikian hanya mengingatkan Dr. Mahathir supaya bertanggung jawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya ketika masih berada di dalam UMNO. Bagi beliau, tindakan Dr. Mahathir yang mengeluarkan kritikan pedas kepada pemimpin UMNO seolah-olah menggambarkan beliau terlalu marah dan kecewa dengan UMNO. Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO mencerminkan krisis parti itu kian meruncing. Penasihat PKR, DSAI berkata, ia juga mencerminkan masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. UMNO kian merosot kerana pemimpin saling berebut dan bercakaran malah rakyat semakin tidak terbela. Bagaimanapun kita mesti mengelak daripada terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin rasuah Kaji kenapa Tun keluar Bekas Menteri Besar Kedah, TS Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu bertindak demikian kerana tidak dapat menerima prestasi terburuk UMNO dan komponen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu. Barangkali ada yang seronok apabila Dr. Mahathir keluar dari UMNO seperti kata Tun Musa Hitam mengenai tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan duri dalam daging sudah terkeluar. Ada pula seorang lagi menteri melahirkan rasa lega dengan tindakan Dr. Mahathir, memang jelas banyak reaksi yang diterima daripada pelbagai pihak. Apa pun bagi saya, kita kena kaji dengan mendalam kenapa beliau mengambil keputusan keluar daripada UMNO UMNO Perak rayu Tun tidak keluar UMNOBadan Perhubungan UMNO Perak merayu bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad membatalkan hasratnya untuk keluar daripada parti. Pengerusinya, DS Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, setelah menerajui UMNO buat sekian lama iaitu selama 22 tahun, tindakan keluar daripada UMNO oleh Dr. Mahathir adalah sesuatu yang di luar dugaan. Demi bangsa, agama dan negara, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, saya merayu agar Tun Dr. Mahathir membatalkan hasrat beliau hendak keluar UMNO. Ini bagi membolehkan kita sama-sama memperkukuhkan UMNO bagi meneruskan wadah perjuangan yang belum selesai.

No comments: