Thursday, May 22, 2008

INI SOAL POLITIK UMNO – TUN DR. MAHATHIR:

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Itu antara cadangan daripada Veteren UMNO.

Komen Tun: “Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong, kerana kalau kita sendiri tak dapat selesaikan dengan alasan sebenar, saya tak suruh sokong saya. Saya cuma pegang kepada prinsip. Sokong prinsip.”

Tambahnya apa yang berlaku bukan soal perkelahian beliau atau ahli keluarganya dengan PM. Beliau juga kekal dengan pendiriannya untuk keluar dalam UMNO walaupun mesyuarat MT UMNO semalam memberi sokongan padu kepada PM.


Bani***"Setuju mengapa perlu kita libatkan Agung didalam kemelut politik MELAYU. Rakyat MELAYU bersengketa mengapa Sultan @ Agung kita turut babitkan sama. DAULAT TUANKU".

No comments: