Thursday, May 22, 2008

EZAM AKAN SERTAI UMNO? : APA TUJUANNYA


Teka-teki sama ada bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor bakal menyertai Umno akan terjawab sewal-awalnya minggu depan.

Dalam jawapannya, Ezam berkata, beliau akan kembali ke tanahair Selasa ini. Menurutnya, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas kembali ke tanahair. Tertera ialah jawapan Ezam ketika dihubungi TV3 melakui sistem pesanan ringkas.

Jawatan SMS Ezam: “Saya di luar negara. Kembali Selasa. Kena buat kenyataan selepas kembali. Wassalam".

Menurut satu sumber menyatakan menyatakan beliau akan menyertai Umno selepas mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan parti tersebut. Dan ini komen Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Komen Datin Seri Wan Azizah: “...kalau dia masuk dalam UMNO lain sikitlah, kerana dia dahulunya ada sumpah keramat. Dia kata macam-macam dalam sumpahnya. Tapi yang lain tu tanya dia sendirilah...".
Bani Said : Dalam kekusutan ahli UMNO keluar UMNO mengikut tindakan Tun Mahathir namun ada juga manusia yang masuk UMNO. Yang peliknya orang yang sebelum ini dilihat berdosa kepada UMNO kerana beliau penggerak kepada perjuangan DSAI> ...mudah benar UMNO menerimanya...takut menjadi barah semula...Renung2kanlah

No comments: