Sunday, June 7, 2009

"Lawan Tauke, hukumnya berdosa"

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menyeru semua ahli san pemimpin pasti agar patuh serta taat kepada pemimpin. Seruan ini merupakan perkara yg dituntut dalam ISLAM serta WAJIB diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahli. Katanya kepatusan itu termasuklah mengikuti arahan dan keputusan yang datangnya daripada seorang ketua..."Patuh kepada rasi (ketua) adalah wajib. Berdasarkan hukum syarak, ahli2 adalah wajib mematuhi arahan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan lebih2 lagi ia datang daripada Presiden. Daripada Ketaatan inilah, ia memberikan kekuatan kepada perjuangan Islam. Kita akan mendapat pahala dari sifat ketaatan ini dan jika kita 'lawan tauke' (ketua) jadi hukumnya adalah berdosa kerana tidak tunaikan perkara wajib,"katanya dalam ucapan pergulungan semalam. Banihakim amat tertarik dgn ucapan ini. Ia harus diperhalusi oleh semua ahli politik dan penyokong kepartian dalam Malaysia ini. Janganlah kerana politik kita umat MELAYU ISLAM porak peranda. Sesuai dengan ungkapan Presiden mencadangkan KERAJAAN PERPADUAN ataupun senang citer gagasan Perdana Menteri Malaysia berkenaan 1MALAYSIA cukup tepat. Hari ini dalam pentadbiran MALAYSIA diketuai oleh ORANG ISLAM dan membawa pentadbiran SYIAR ISLAM maka adalah wajib juga kepada seluruh rakyat tanpa mengira KEPARTIAN untuk bersikap patuh dan taat setia terhadap pemimpin negara ini. Kalau tidak hormat dan setia maka nanti akan berdosa kerana tidak menunaikan perkara wajib seperti kenyataan Haron Din. Maka amat bertepatanlah hasrat Presiden PAS untuk mewujudkan pakatan KERAJAAN PERPADUAN @ 1MALAYSIA bak seruan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bersempena Hari Keputeraannya menyeru agar semua lapisan masyarakat menjayakan 1MALAYSIA demi perpaduan dan keharmonian negara ini. Segerakanlah kepada perkara berbentuk kebaikan demi mendapatkan RAHMAT DIA yang maha ESA. Teman bersetuju benar dengan hasrat Dewan Pemuda PAS yang mahukan semua ahli tidak meletakkan kebencian terhadap UMNO serta kenyataan Hadi Awang bahawa PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam ISLAM. Semoga umat Islam negara ini akan bersatu demi kepentingan agama dan bangsa. Jangan harap bangsa lain akan membantu kita kalau bukan bangsanya sendiri.
Banihakim said : Kepada Nizar Jamaluddin yang tidak kepada arahan dan perintah SULTAN PERAK ingatlah kamu telah berdosa kerana tidak mematuhi perintah sepertimana yang dimaksudkan oleh Timb. Mursyidul Am Pas kamu itu. Samalah jua kepada juak2 Nizar dan ANWAR sedar dan insaflah akan apa yang telah dimaksudkan oleh pemimpin kamu itu. Sesungguhnya Allah melindungi mereka yang benar. Janganlah nak LAWAN TAUKE pula..Kembalilah kepada jalan asalmu dan janganlah kamu terikut2 dengan PROPAGANDA ZIONIS yang akan menghancurkan UMAT MELAYU ISLAM dinegara ini. Salammss.

2 comments:

Anonymous said...

Salam bro...Nizar tu x lawan tauke! Tapi dia ingat dia la tauke kpd Nga & Ngeh. Namun sebaliknya di KUDAKAN oleh Cina2 DAP di Perak.Aku pun pelik ngaper le Namrud nie blh menang besar dalam Muktamar PAS baru nie. Aku penyokong PAS tapi bila kes NIZAR nie aku dapat pikir mana INTAN dan mana BERLIAN. Teruskan yeop menulis.

AJAI62 said...

Salam

Dah terkena batang hidung sendiri baru tahu....memang betul penderhaka ni....hati macam komunis