Sunday, June 14, 2009

SIAPA TAJA ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA? - PART VI

KENYATAAN DSAI (8) :
"Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini".

ANALISIS BANIHAKIM :
Tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak yayasan walaupun mesyuarat Yayasan telah dilakukan pada 31 Mei 2007 di Bahrain.

KENYATAAN DSAI (9) :
"Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit- ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Hadapan".

ANALISIS BANIHAKIM :
1. Tidak ada tindakan yang diambil. Hanya berbentuk ugutan.

2. Daripada bentuk ugutan ini ternyata DSAI amat risau populariti politiknya akan merosot (di kalangan orang Melayu) jika beliau dikaitkan dengan skandal Paul Wolfowitz & Shaha Riza.

3. Begitu itu DSAI berusaha menyembunyikan identiti sebenar yayasan pimpinannya ditaja oleh US dan berusaha melakonkan sandiwara bahawa yayasan ini ditubuhkan oleh negara-negara Islam dan tiada kaitan langsung dengan US.

4. Kesimpulannya tema Hubungan DSAI & Paul Wolfowitz & Agen Yahudi senjata paling berkesan yang paling ditakutinya kerana boleh meranapkan cita-cita menjadi PM.

No comments: