Sunday, June 14, 2009

SIAPA TAJA ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA? - PART V

KENYATAAN DSAI (6) :
"Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan. Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain".

ANALISIS BANIHAKIM :
1. Sekretariat di Beirut atau Amman hanyalah dummy untuk mengabui masyarakat Islam. Sekretariat sebenar adalah di US Department of State.

2. Buktinya, dalam surat rasmi DSAI pada 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di World Bank, beliau menggunakan letter head yayasan beralamat di Washington DC. Di dalam kandungan surat itu, DSAI telah mengesyorkan Riza sebagai "Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future" dan menyebut US sebagai tempat Riza menguruskan yayasan. Tulis DSAI : " While (Riza) assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation". Ini mengesahkan pusat operasi yayasan di ofis Riza di Henry L Stimson Centre.

KENYATAAN DSAI (7) :
"Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa Eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan pelantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara".
ANALISIS BANIHAKIM :
1. DSAI berusaha memutarbelitkan fakta berdasarkan perbezaan tarikh. Berikut merupakan fakta-fakta tarikh-tarikh berkaitan dengan DSAI & Riza di Yayasan : DSAI dilantik menjadi Jawatankuasa Pemilih ahli Yayasan pada 2 Februari 2006. Pengesahan jawatan DSAI sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (14 orang) pada 15 Julai 2006 semasa mesyuarat yayasan pertama di Doha Qatar. Pada masa mesyuarat itu juga DSAI disahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (5 orang).
2. Pada Jan 2006, Wolfowitz melantik DSAI sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability). World Bank telah memberi kontrak kepada DSAI sebanyak US$21,000 bermula dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Pada 31 Mei 2007, DSAI dilantik memegang dua jawatan sekaligus iaitu PENGERUSI & PRESIDEN yayasan (Mesyuarat di Bahrain).

3. Shaha Riza pula bertugas di Bank Dunia sebagai Senior Communication Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA) pada 1997-2005. Pada 1997, beliau bekerja di World Bank sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA). Pada September 2005, Riza dipindah oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) ke US State Department (di bawah Liz Cheney) sebagai "pembantu Liz Cheney" berjawatan "external assigment"/director untuk Middle East & North Africa Regional Office (MENA). Pada 12 November 2005, Riza menemani Liz Cheney untuk mengiringi Condoleeza Rice merasmikan Foundation For The Future & Fund For The Future di Bahrain. Pada 2 Februari 2006, Riza (US Department of State) mengesyorkan tiga nama (termasuk DSAI) sebagai Jawatankuasa Pemilihan Yayasan kepada Liz Cheney.

4. Berdasarkan tarikh-tarikh di atas memang benar kenyataan DSAI bahawa beliau tidak melantik Riza ke yayasan kerana fakta sebenar adalah Shaha Riza & Liz Cheney yang melantik DSAI ke yayasan pada 2 Februari 2006 (Jawatankuasa Pemilih) dan pada 15 Julai 2006 (sebagai Pengerusi Yayasan).

5. Tetapi persoalan sebenar adalah surat DSAI memohon perpindahan (pelantikan) Riza dari US Department of State ke Yayasan pada 1 Oktober 2006. Surat itu ditulis sendiri oleh DSAI selaku Pengerusi Yayasan (menggunakan letter head yayasan) kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia.

6. Tetapi persoalan sebenar adalah surat DSAI memohon perpindahan (pelantikan) Riza dari US Department of State ke Yayasan pada 1 Oktober 2006. Surat itu ditulis sendiri oleh DSAI selaku Pengerusi Yayasan (menggunakan letter head yayasan) kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia.

Tujuan DSAI menulis surat untuk menyelamatkan maruah Paul Wolfowitz, krn walaupun Riza dipindahkan ke US Deparment of State namun gaji Riza masih dibayar oleh Bank Dunia. Jadi harapan DSAI apabila Riza dipindahkan ke yayasan (dgn bayaran gaji oleh yayasan), isu hubungan Riza & Wolfowitz tidak berbangkit lagi. Kandungan surat DSAI :

Dear Ms Cleveland,
I am writing to request the tranfer of the secondment of Ms Shaza Riza,British citizen,employee of the Bank,from the Bureau of Near Eastern Affairs at the US Department of State to the Foundation for the Future which she was in charge of establishing. While assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation. Ms Riza will be Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future.

Ms Riza's secondment to the foundation will be subject to the same arrangements agreed to with the state Department. After reviewing in this document, please sign it and return it to me via fax at 703 464 5153. We look forward to continue our work with ms Riza on this important initiative.Should you have any questions or concerns please contact me at 703 464 5161.

Yours sincerely
Anwar IbrahimChairmanFoundation For The Future

6. Bukti surat DSAI bertarikh 1 Oktober 2006 ini boleh didapati dalam senarai bukti pertuduhan ke atas Wolfowitz oleh Jawatankuasa Etika penilaian skandal Presiden Bank Dunia.

No comments: