Sunday, June 14, 2009

SIAPA TAJA ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA? - PART II

KENYATAAN DSAI (2):
"Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara".

ANALISIS BANIHAKIM :
1. Yayasan itu tidak independen tetapi pro US kerana dikawal oleh Elizabeth Cheney Deputy Assistant Secretary of State For Near East Affair di The US State Department.

2. Elizabeth Cheney pula dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) pada September 2005.

3. Pemindahan Riza dari Bank Dunia untuk melindungi "conflict of interest" kerana skandal peribadi antara Wolfowitz & Riza.

4. Kepakaran Riza di Timur Tengah & Afrika Utara kerana pengalamannya bekerja di World Bank (1997-2005) sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA).

5. Riza telah mencadangkan kepada Elizaberth Cheney tiga nama Islam pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Morocco) dan Bakhtiar Amin (Iraq).

6. Kesemua ahli Board of Director yang dilantik adalah pro US yang mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

7. Anwar Ibrahim, Pengerusi Yayasan adalah pekerja di World Bank, Johns Hopkins & Georgetown University, US. Beliau dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia dan Asia Tenggara berdasarkan pelantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Beliau bekerja di bawah Riza di US State Department yang diketuai oleh Elizeberth Cheney.

8. Rahma Bouqia, Naib Pengerusi Yayasan adalah President of University Hassan II Mahommedia yang mendapat tajaan US$124,000 daripada USA Agency for International Development-(USAID) & Networks Financial Institute (NFI). Beliau adalah agen US dalam memperjuangkan hak-hak asasi wanita di Morocco dan Timur Tengah.

9. Bakhtiar Amin, Iraq adalah pengasas The Iraqi Democracy Institute, berpengkalan di United States dengan tajaan The US Agency for International Development (USAID), the National Endowment of Democracy (NED), The National Democtratic Institute (NDI), The International Republican Institute (IRI) dan the United States Institute of Peace. Beliau dipilih oleh US sebagai Iraq's Minister of Human Right in the Iraqi Interim Government (selepas Sadam Husin ditumbangkan). Beliau adalah Secretary-General for The Kurdish Institute di Paris dan Director of the Human Rights Coalition di Washington. Pada 2003, beliau menjadi Executive Director of the International Alliance For Justice berpengkalan di Paris yang ditaja oleh George Soros Foundation.
Banisaid : Ini menjelaskan siapa hubungan penting di luar negara dan menunjukkan siapa dibelakang beliau kalau bukan US dan Proksi YAHUDI.

No comments: