Sunday, April 5, 2009

APA DAH JADI DENGAN PAS HARI INI?

Teman baru balik dari kedai Nasi Kandar A. Rahman dari bandar Taiping. Bila nak balik selepas makan pada jam 3 pagi ini teman dapat satu flyers yang di selitkan pada wiper kereta teman..dan flyers yang diletakkan itu menceritakan tentang Jangan Perlekehkan Pandangan Mufti oleh Ust Idris Hj Ahmad (anak mufti Pulau Pinang) yang dipetik daripada Majalah Tamadun Bil. 79 : April 2001. Serta kenyataan Mufti Perak sedih dimaki oleh pihak pembangkang ekoran kenyataan beliau terhadap Nizar Jamalauddin berkenaan tindakan Baginda Sultan Perak dengan memperkenan YAB. Datuk Dr Zamry Kadir sebagai MB baru Perak.

Banisaid : Daripada flyers yang teman dapat ini menunjukkan penganut PAS ini sudah tidak lagi menghormati golongan ulamak kerana mereka sudah terdesak mempergunakan ugama untuk kepentingan politik. Bani tak tau apa motif flyers ini diletakkan pada kereta teman namun ia memberikan gambaran flyers ini adalah satu PROTES mungkin bagi golongan penyokong Ust Idris anak tempatan Bukit Gantang yang tidak dilantik sebagai calon PAS gamaknya untuk bertanding sebaliknya memilih Nizar Namrud yang menjadi wakil pihak PAS untuk bertanding. Hal ini memperjelaskan pengaruh PAS dari kalangan ULAMA' dipinggirkan manakala pengaruh PAS dari kalangan ERDOGAN dipilih untuk menyambung perjuangan menghalalkan cara bagi meraih kuasa politik. Teman juga dimaklumkan oleh kawan teman yang mendengar ceramah perdana Anwar Ibrahim dan Nik Aziz di Taman Kaya malam tadi dan yang paling menghairankan pabila Anwar berucap utama ramai pengaruh pembangkang mendengarnya hampir 5 ribu orang namun selepas itu disambung oleh ceramah Nik Aziz dan orang ramai mula meninggalkan ceramah itu keluar kekawasan lain. Kenapa hal ini boleh berlaku sedangkan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS dan yang bertanding pula adalah calon PAS. Ini membuktikan bahawa Anwar pendokong pengaruh ERDOGAN dapat mengalahkan pengaruh ULAMAK PAS dinegara ini. Dalam PAS umum sekian maklum telah berlaku perpecahan puak diantara golongan ULAMAK vs ERDOGAN. Maka sebab itu dalam penggunaan terminalogi ALLAH juga pandangan mereka tidak senada. Anwar dan pengaruh ERDOGAN dalam PAS ada yang bersetuju penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di gereja dan Herald Tribune, manakala sebelah pihak lagi dalam PAS iaitu golongan ULAMAK pula tidak bersetuju. Pada pandangan Bani PAS sudah kurang ISLAMIK dan lebih LIBERAL dalam beberapa perkara mengenai keagamaan dan ISLAM. Malah boleh berubah dari masa ke semasa kerana kepentingan politik semata-mata. SubhanaAllah lindungilah golongan2 yang memecahbelahkan akidah ISLAM demi kepentingan POLITIK ini...

1 comment:

Anonymous said...

SALAM BRO
PAS DH SEMAKIN TERUK DAN SGT TERDESAK WAKTU NI. MEREKA SANGGUP MELETAKAN SOAL MORAL DAN AKIDAH DI BWH TAPAK KAKI HANYE SEMATA2 UTK MERAIH UNDI