Tuesday, April 21, 2009

Nizar, kasi hantar itu camry lah!!!

Kerajaan Perak lelong Toyota Camry

IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.

Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.

Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009.

Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. - Utusan

----

Apa lagi Nizar Namrud...ente kasi hantar pulanglah unta Camry tuh...nanti tuan baru dia mau pakai lah...apa daa....

5 comments:

Anonymous said...

takpe, nanti kita panggil org tarik itu kereta haha..

Anonymous said...

Kalau harga lelongan dia masih RM148,000 tu bukan lelong namanya.

Setahu saya harga barangan lelong murah jer...cobalah lelong ngan harga RM40,000 kah.....RM25,000 kah...tu baru bena2 lelong...pooooodahhhh...!!!

Anonymous said...

tengokla barang ape nak dilelong...bukan ke kerete tu masih baru..takkan la bodoh sgt mcm ko nak benda baik tapi murah..ni la mentaliti pas..nak barang baik..tp taknak kuar duit lebih sket..

tu pasal la nk sgt pakai camry dulu..ye la..bile lagi nak mentedaghah duit rakyat kan??bagus la jual harga mcm tu...nanti pulang gak duit tu pada kerajaan..nanti bole guna utk rakyat gak...

Anonymous said...

camry 2.4 40k jer????bleh tapi enjin kancil la hahahahahah

Anonymous said...

Ante kena samak la itu kereta kalau mau beli..., kasi cuci baik baik luar dalam, tempat duduk kasi spray Fabreeze kasi sikit hilang itu bau kentut daaaa...