Tuesday, May 19, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".
Adalah 7 perkara tersebut ialah;
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Bani said : Wasiat ini kutujukan kepada semua umat MELAYU di Malaysia samada pro kerajaan & pro pembangkang dan kaum lain yang diterima masuk ke dalam tanahair ini atas nama jus soli...renung2 kanlah wasiat ini. Salammss .....

4 comments:

Anonymous said...

wasiatpun raja dan pemerintah kena berlaku adil kepada semua. kan konsep keadilan itu dianjurkan oleh Islam. berbuat baiklah kpd semua, Baginda Rasulullah dulu menunjukkan teladan yang sangat terpuji iaitu sanggup memberi makanan kpd perempuan Yahudi sehingga perempuan Yahudi tersebut masuk Islam setelat baginda Rasulullah wafat

fikir dan kajilah wahai sahabatku Bani Tanjung.

sang saka bangsa said...

kepada anonymous...berkenaan dengan kisah perempuan Yahudi masuk Islam selepas baginda Rasulullah beri dia makan...

kau tau tak pola pemikiran yahudi masa tu dengan yahudi masa sekarang??adakah kau cakap sekarang ko nak baik2 dengan yahudi israel mengharapkan mereka akan masuk islam?jgn la main terjah je tafsir hadis..

buat baik berpada-pada..buat jht jgn sekali..dalam al-quran sendiri sudah beritau org kafir takkan puas hati selagi kita takkan ikut mereka..nah yg jd sekarang beer pon dikatakan bukan minuman keras..mcmana??saudara baca tak bahagian ini.."Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan."

kalau tak mereka isytiharkan akan adakah Islam di negara ini seperti sekarang...mmg la ada cacat cela..tp lagi mencacatkan apabila PAS sendiri takot bila seorang kafir suka2 guna baca quran utk politik, kafir sudah pandai bagi fatwa ngatakan beer bukan minuman keras..fikir fikir kan lah anonymous tanpa nama..

Malay Delima said...

salam pekenalan...sy telah link kan blog anda di blog sy...sy harap anda dapt link kan blog sy di blog anda.

TQ

http://malaydelima.blogspot.com/

Anonymous said...

udah-udah le yob..perbetolkan diri dulu baru le nak kate orang lain..kalau mike tak buat salah tak kan le orang nak reject mike..kalau mike boleh betoikan diri mike dan puak-puak mike, teman sokong 100%!