Tuesday, May 12, 2009

NIZAR 21 JAM SELEPAS DIUMUM MB SEMULA

Apa punyer manusia kemaruk kuasa??
1. Memanggil mesyuarat tergempar EXCO kerajaan negeri tengah malam kelmarin.
(Tak menyempat2 nak tido ke weeiiii....giler kuasa sungguh)

2. Gantung tugas SUK negeri Perak serta Penasihat Undang2 serta merta. (Apa ke buduh benor dema nie..itu bidang kuasa JPA bukan negeri la...mangkuk bertingkat)

3. Menghantar surat kepada Sultan Perak memohon menghadap untuk bubar DUN. (Lagi menampakkan Nizar-aL Bodohun kerana mike bukannya mendapat mandat semua ADUN kerana Pakatan Rakyat tinggal 27 kerusi je dalam dewan negeri...Terlupa kee...)

4. Beliau telah kembalikan V. Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak. (Kan udah ade Speaker baru dan tentang Speaker baru nie Mahkamah tidak menyatakan ia tidak sah....Tuli ape kamu nie..)

5. Nizar anggap "sidang DUN bawah pokok" 3 Mac lalu sah dan sidang DUN pada 7 Mei tidak sah. (Ishhh...ngape le bengap bebenor kalau mike ikut mahkamah kabor mike tak mendapat undi tak percaya sebab tak dilakukan di dalam sidang dewan negeri..abih tu yg mike kabor plak sidang kerajaan mike bawah pokok sah pulak mana boleh yeop sama le tu sebab tak dilakukan dalam sidang dewan negeri..)

6. Kesemua 817 ketua kampung yang dilantik oleh pakatan pembangkang akan menjalankan semula tugas seperti biasa. (Issshhhh....mike udah mendapat perkenan Tuanku Sultan ke nak tadbir negeri nie semula sebab mike tu pun dah hilang kepercayaan dikalangan SEBAHAGIAN ADUN PERAK (BN (28+3 BEBAS) Pakatan Pembangkan (27)..Tak malu ke yeop..)

7. Memasuki Pejabat Menteri Besar seawal pukul 7.25 pagi. (Hehehe...mike memang kemaruk kuasa...tak sempat tido terus masuk ke pejabat...apa ingat jawatan tu boleh bawak sampai ke dalam kubur ke?)

8. Akhirnya pada sidang akhbar pukul 3 ptg, Nizar umumkan terpaksa akur dgn keputusan Mahkamah Rayuan tentang pelaksanaan keputusan kes-nya di Mahkamah Tinggi itu..dan beliau mengaggap perkara ini sebagai"paling aneh dan amat mengaibkan. (Hahaha....teman ade menyembang dgn kwn berbangsa Cina dan berseluroh berkata Nizar nie menang undi di Pasir Panjang dgn hanya 4474 dan kalau dalam bahasa Cina mati (4),mati (4),bangun (7), mati (4)..haaa nampaknya Nizar sebelum ni dia jatuh kali pertama sebab 3 DUN sudah keluar jadi BEBAS. Jatuh kali kedua sebab tak jadi itu MB Perak lagi. Kemudian bangun balik sebab itu Mahkamah Tinggi putus kata dia masih MB sah. Lepas nie aaa dia akan jatuh balik sebab dia takkan jadi MB balik maaa....ADUN BN + BEBAS lagi manyak daripada Pakatan Rakyat looo)

Banisaid : Betul juga kata-kata rakan Cina teman tu...fikir2lah siapa yang kemaruk kuasa dan politiking dan siapa pula yang nak menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan negeri Perak tercinta ini. Teman tetap HIDUP TUANKU!! Patik rakyat Perak akan menjunjung titah Tuanku.

1 comment:

Anonymous said...

Salam perjuangan semua..

menarik sungguh fakta jumlah undi majoriti yang dimenangi oleh DS Nizar di N51, Pasir Panjang.

Majoriti 4474...mati, mati, bangun, mati...

logik akal boleh diterima jika dibandingkan dengan situasi yang berlaku ke atas DS Nizar sendiri pada masa sekarang...

cuma tak boleh nak percaya dengan hati (iman)...

apa2 pun, fakta tersebut memang menarik untuk dikongsi...terima kasih.


Nik..ore kelate