Saturday, May 16, 2009

PENYAKIT POLITIK WANG UMNO & PAS : ANGKARA ANWAR??

Penyakit "POLITIK WANG" dalam parti sahsiah UMNO menular dengan teganya sewaktu zaman saudara Anwar untuk merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi menggantikan Pak Ghafar Baba ketika itu yg semua orang tahu Pak Ghafar mempunyai ketulusan dan kemulian dalam perjuangan memperjuang nasib bangsa Melayu sejak dahulu hinggalah akhir hayatnya. Ketika itu saudara Anwar yg dikutip oleh Tun Mahathir dibawa masuk ke dalam UMNO dan diberi peluang untuk bersama dilandasan benar setelah Anwar menempa nama di ABIM. Ketika itulah wujudnya "POLITIK WANG" yang dipelopori saudara Anwar yg cuba mendapatkan kuasa. Lihat sahaja sewaktu zaman itu beliau daripada mendapat 2 pencalonan dari Sabah mampu mendapat undi penuh sewaktu pemilihan Timbalan Presiden UMNO ketika itu mengalah Pak Ghafar..dengan penampilan WARAK dan ALIMNYA yang ditunjukkan sejak berada dalam ABIM maka menanglah saudara Anwar sebagai pemimpin ke-2 tertinggi dalam parti UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu orang UMNO tak tahu pun duit sebagai wadah perjuangan tetapi sejak saudara Anwar berada dalam UMNO maka wujudlah budaya"POLITIK WANG". Sewaktu saudara Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan pelbagai salah guna kuasa telah dipertuduhkan keatasnya di mahkamah dan kroni2nya telah mendapat NIKMAT DUNIA atas pemberiannya melalui duit rakyat. Kini beliau menjadi Ketua Pembangkang dan kononnya menjadi PENGGERAK UTAMA pula bagi barisan pembangkang. Maka wujudlah dan menular pula isu "POLITIK WANG" dalam PKR pimpinannya dan paling teman tidak terkejut telah menular dalam parti PAS kononnya berselindung disebalik perkataan parti ISLAM menjelang Muktamar PAS june nanti. Ke mana sahaja Anwar pergi pasti pelbagai masalah akan timbul. AJK PAS Pusat, YB. Dr. Lo Lo Ghazali menyatakan "...gejala ini tidak pernah ber;aku dalam parti ini" begitu jua dgn kenyataan Ketua dewan Ulama' PAS sendiri yang membuka pekung terbaru PAS bahawa telah berlaku unsur2 rasuah dalam pemilihan kepimpinan saf utama PAS sekarang ini. Namun bagi Datuk Takiyuddin Hassan ia menafikan berlakunya memberi baju dan mengadakan jamuan makan kepada ahli PAS dalam usaha melobi jawatan...Memanglah sebab Takiyuddin berada dalam kelompok pro-Anwar (Erdogan) manakala Ketua Dewan Ulama' PAS iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi menyatakan perkara ini telah wujud pula adalah kelompok PAS pro-Ulama'. Umum mengetahui dalam kepimpinan PAS telah berpecah kepada 2 kelompok. Siapa punyer angkara ...tidak lain saudara Anwar yang bertanggungjawab dan mengapa tetiba sahaja isu"POLITIK WANG" kedengaran dalam parti PAS kini adalaj juga kerana saudara Anwar berada dalam kelompok itu. Akhir sekali siapa yang membudaya, mweujudkan budaya "POLITIK WANG" atau dikatakan sebagai RASUAH POLITIK oleh pihak pembangkang yang mereka juga sudah termasuk dalam penyakit ini. Lihat sahaja sewaktu Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang pengundi yang berada dikampung2 diberikan sekampit beras, gula dan tepung kononnya pemberian SAGUHATI... tetapi bila perkara yang sama dilakukan oleh orang UMNO ia disebut rasuah...Orang yang sama telah menghancurkan imej UMNO dan kini orang sama juga cuba nak menghancurkan parti PAS. Fikir2kanlah wahai umat Islam Melayu di Malaysia...Anda pasti dapat menilainya...Salamss..

4 comments:

H.R PuTeRa YuSoFF said...

salam perjungan..
saaya add anda sebagai followers kerna kita penyokong BPN.. harap anda juga..

Bani Tanjong said...

terima kasih H.R Putera Yusoff sy jg akan bertindak demikian, salamsss

mmo said...

salam tuan,

saya ketua penerangan pemuda umno k.krau harap tuan tak berhenti menulis..kerana alif ba ta.

Salam perjuangan dari saya.jengka pahang.

Bani Tanjong said...

salamm mmo.terima kasih atas sokongan tuan.Sy dah follow blog tuan semoga bersama berkongsi idea dan pandangan. salammss