Semuanya terhenti di sini…
Ketika di luar sana gosip dan isu politik kebelakangan ini panas berputar dengan macam-macam spekulasi… suasana di meja makan di belakang bilik rehat Ahli Parlimen ini tidak langsung mengambarkan dunia akan terbalik esok. Cakap-cakap tentang lompat melompat parti,pembangkang sudah set nak tawan Parlimen,apa kesan tindakan Tun Dr Mahathir keluar UMNO dan Datuk Mukhriz Mahathir nak 'berperang' dari dalam parti itu tenggelam dalam deraian ketawa dan jenaka sesama Ahli Parlimen Barisan Nasional,PAS dan Parti Keadilan Rakyat ini. Gambar atas dirakam semasa mereka menikmati sup dan nasi bungkus dicelah-celah kesibukan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hingga lewat malam Rabu. Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai ) berdiri di kanan sekali Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri di tengah sedang 'tenang-tenang' bersama Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabrey Cheek duduk di hujung meja,Saifuddin Nasution (PKR-Machang ), Ir Hamim Samuri (BN-Ledang), Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),Ku Kamal,Setiausaha Akhbar Datuk Zahid Hamidi,Datuk Tajuddin Rahman (BN-Pasir Salak),Md Sirat Abu (BN- Bukit Katil) dan Datuk Zainal Abdul Rahim,Penyelaras Ahli Parlimen BN. Bagi para pemerhati politik dan wartawan, bangunan Parlimen sekarang adalah tempat terbaik untuk mendapat serba serbi petanda tentang senario politik semasa. Sepanjang sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang di sinilah tempat berhimpunnya taiko-taiko utama parti politik di negara ini yang merupakan para Ahli Parlimen BN maupun pembangkang. Siapa kata dunia politik Malaysia sudah kacau?... (gambar bawah) kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi boleh rancak bersembang macam tak ada hal dengan Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) tidak jauh dari meja makan itu. Johari merupakan bekas orang kanan Zahid semasa beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dulu.
Tidak kurang menarik gambar dibawah ini pula dirakam pada satu tengahari minggu pertama sidang Dewan Rakyat. Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz dalam suasana relaks selepas kena nasi bungkus dan kari kepala ikan di anjung depan bilik rehat Ahli Parlimen bersama 'Singa PKR' N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa (kiri sekali) Membongkok ialah Yusmady Yusof (PKR-Balik Pulau).Manakala wanita di tengah ialah Lim Bee Kau,bekas Ahli Parlimen BN dari parti MCA kawasan Padang Serai.
Mendengar kemesraan cara Bee kau dan Gobalakrishnan bersembang siapa pun tidak mungkin sangka mereka dari dua kem yang berbeza. Walaupun dalam sidang Dewan Rakyat adakalanya Ahli Parlimen BN dan pembangkang berentap sakan...tetapi suasana-suasana sebegini yang berterusan sepanjang sidang yang bermula 30 April lalu memberi sesuatu indikasi yang ada makna tersendiri dalam kontek senario politik semasa.
Mungkin sebagai orang lama di Parlimen... Datuk Shahrir Samad dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) boleh memberi satu kesimpulan yang menarik - 21/5/2008
No comments:
Post a Comment