Wednesday, June 18, 2008

DUN SANGLANG KOSONG : BUAT PILIHAN YANG TEPAT

Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi Abdullah Hassan daripada BN pada pilihan raya umum Mac lepas, dikosongkan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani selepas menolak petisyen calon PAS, Hashim Jasin yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah calon yang menang di kawasan DUN itu pada pilihan raya umum ke-12 itu.

Dalam alasan penghakimannya, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003. Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Hashim menamakan Abdullah, pegawai pengurusan pilihan raya bagi Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid dan SPR sebagai responden. Sebelum ini, Abdullah dalam bantahannya terhadap petisyen itu memohon mahkamah memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi menyelesaikan perkara itu.
Banihakim Said : Dalam situasi hari ini orang Melayu yang majoriti 58 peratus penduduk di Malaysia perlu bersatu. Apa guna kita bertelagah dan ada baiknya kekalkan juga orang Melayu sebagai wakil kalian dan biarlah ia berjalan dengan suasana harmoni.

No comments: