Saturday, June 14, 2008

POS MALAYSIA BAYAR REBAT TUNAI : BERINGATLAH RAKYAT MALAYSIA


Pos Malaysia Bhd (PMB) hari Sabtu telah membayar rebat tunai sejumlah RM116.734 juta di seluruh negara kepada 239,414 pemilik kenderaan persendirian yang layak. PMB dalam kenyataannya hari Sabtu berkata purata masa yang diambil untuk memperoses satu-satu permohonan kurang daripada tiga minit.

Bagaimanapun, PNB berkata terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang menjual borang untuk menuntut rebat tunai itu dan PNB tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku. PMB turut mengingatkan pemilik kenderaaan persendirian yang layak bahawa jika mereka tidak sempat menuntut rebat tunai itu hari ini, mereka masih boleh menuntutnya pada bila-bila masa sehingga 31 Mac depan. Sebarang pertanyaan, maklum balas atau maklumat terbaru, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui PosLine di 1-300-300-300 kecuali pada Sabtu pertama setiap bulan atau layari laman web PMB di www.pos.com.my atau pejabat pos berhampiran.
Banihakim Said : Temam nengok kelmarin di Pejabat POS Kuala Kangsar penoh orang nak tuntut rebat masing2. Ader le sorang budak muda tu teman sape dia nanya mike nak buat aper dgn duit tu...orang muda ni pun jawab boleh juga mack-up kereta kancil dia takpun tukar beli handset baru....Termenung teman dengornye...Bukan itu hasrat kerajaan!! Apapun awak nak ingatkan RAKYAT Malaysia terutamanya org muda kita berhadapan dengan suasana ekonomi global yang tak menentu, maka lebih baik berwaspada dalam perbelanjaan dan utamakan keperluan daripada nafsu nafsi. Banihakim bimbang dengan pemikiran orang muda hari ini.

No comments: