Saturday, June 14, 2008

ANGGOTA PARLIMEN PKR DITAHAN : KENAPA PERGUNAKAN KANAK2

Seramai 3 Anggota Parlimen dari PKR antara 6 yang ditahan di hadapan Istana Negara kerana mengadakan perhimpunan haram. Anggota Parlimen yang ditahan pada jam 10.30 pagi itu adalah R. Sivarasa (AP Subang), S. Manikasagam (AP Kapar) dan Zuraida Kamaruddin (AP Ampang). Sementara 3 yang lain ialah anggota jawatankuasa penganjur perhimpunan iaitu Louders Mary, Peguam Hak Asasi Manusia N. Surendran dan pembantu khas anggota Parlimen Ampang, Salmah Ismail. Semua dibawa ke balai Polis Brickfields untuk disoal siasat. Difahamkan perhimpunan diadakan sempena Hari Bapa dengan penyertaan 70 kanak-kanak yang bapa mereka kini ditahan mengikut ISA. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bahari Abdul Khalid telah mengesahkan.

Banihakim Said : Selamat HARI BAPA kepada semua yang bergelar BAPA. Tetapi tindakan MP PKR mempergunakan anak2 tahanan ISA untuk berhimpun adalah semata2 untuk meraih sokongan politik. Sudah menjadi adat manusia yang salah akan dihukum. Mengapa MP PKR ini tidak mengumpulkan semua anak2 yang bapa mereka ditahan di seluruh PENJARA di Malaysia ini??? Sendiri mau ingat la..

No comments: