Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap PM, DS Abdullah Ahmad Badawi. Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini. Manakala kedudukan parti itu dalan BN akan dibincangkan dengan Majlis Tertingginya Jumaat ini.
Datuk Yong, yang juga bekas KM Sabah berkata anggota Parlimen kawasan Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani, manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.

Banihakim Said : Orang kalau berjuang tidak kira menang atau kalah. Akan tetapi SAPP baru kita sedar yang ia parti yang boleh menjadi RAKAN apabila senang dan MENJADI LAWAN apaila susah. Kalau zaman Saidana Abu Bakar dah kena peggal dah manusia roper ini...
No comments:
Post a Comment