Monday, May 12, 2008

Betapa Dayusnya MB Perak


Betapa dayusnya MB Perak, setelah sekian lama Karpal Singh dihentam kerana keceluparannya menyanggah kedaulatan SULTAN PERAK mengenai tindakan memerintah IR.NIZAR menarik balik arahannya terhadap pengarah JAIP kerana telah bersikap kurang ajar membelakangkan pihak Kesultanan Melayu Perak. Belajar tinggi tetapi perlembagaan negeri bengap..rakyat biasa pun cerdik la...Pagi tadi di lobi Parlimen beliau menziarah Karpal Singh untuk memberikan sokongan kepada Pengerusi DAP diatas tekanan dan tindakan yang bakal dikenakan keatasnya mencabar YDPA dan Sultan Perak. Ada ke patut seminggu beliau mendiamkan diri terhadap isu kontreversi yang dibuat oleh Karpal dijawab dengan ayat ringkas.."itu adalah pendapat peribadi Karpal Singh dan beliau berhak atas pendiriannya"...Itulah dia jelas menunjukkan orang MELAYU yang diangkat oleh DAP untuk diperkudakan dan diperbodohkan. Masih tidak sedarkah IR. NIZAR bangsa lain sedang nak menjatuhkan maruah bangsa MELAYU. Ibubapa mu juga ku rasakan orang MELAYU..Malulah sikit sebagai Wakil Rakyat MELAYU dan diangkat oleh orang MELAYU DUN PASIR PANJANG untuk menjaga kepentingan orang MELAYU dan menjaga kepentingan ISLAM.Bukannya mike tak tahu DAP tu sampai ke mati pun idaknya nak mengaku MALAYSIA ini sebuah negara ISLAM.Mahukah MB PERAK melihat anak bangsa MELAYU di Perak menjadi terpinggir seperti MELAYU di PENANG atau saudara MELAYU kita di SINGAPORE dibawah kerajaan PAP iaitu parti asas kepada DAP yang menjadi dalang kepada trajedi 13 MEI, 1969. Bangkit anak MELAYU pertahankan bumi kita agar tidak dicabar oleh bangsa lain sedangkan kita MELAYU dan ISLAM TIDAK PERNAH NAK MENCABAR APATAH LAGI NAK MENYIBUK DENGAN BANGSA MEREKA.

No comments: