KUALA LUMPUR 13 Mei - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui. Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush. Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq. Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative. "Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS. Sementara itu, menyentuh isu pendidikan, Mukhriz mencadangkan Peperiksaan Tahap Profisiensi (PTP) bagi guru-guru diadakan sewaktu cuti sekolah atau ketika guru-guru menghadiri kursus. Menurutnya, peperiksaan itu yang ketika ini diadakan pada waktu yang tidak sesuai menjadi satu bebanan kepada guru-guru. Beliau berkata, guru-guru tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi PTP. "Sekiranya diberikan masa yang mencukupi, saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP akan lebih memuaskan," katanya. Kerajaan juga, kata Mukhriz, perlu memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada anak-anak muda termasuk graduan institusi pengajian tinggi dan penuntut universiti di seberang laut. "Malangnya, kita melihat kadar pengangguran masih pada tahap membimbangkan. "Atas sebab-sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka dan ada juga yang masih menganggur. "Lebih merugikan apabila bakat-bakat terbaik dalam kalangan anak-anak muda kita mengambil keputusan bekerja di luar negara, menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di negara lain," katanya. Mukhriz bimbang kalau fenomena itu tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian besar dan kesan negatif dalam jangka panjang," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak mencampuri urusan dalaman UMNO. "Apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu sebenarnya memberi hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. "Parti ini sudah mendengar dan memahami isi hati rakyat dan akan membuka satu lembaran baru," ujarnya. "Sejarah membuktikan setiap kali ia jatuh UMNO akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. UMNO tidak akan berpeluk tubuh, berdiam diri dan membuang masa," ujarnya.
1 comment:
Salam Arjuna
Aku lama dah tau kegiatan DSAI ni. Dia memang agen Yahudi dan dengan bantuan Yahudi ni sajalah yang membuatkan cita-citanya untuk jadi PM akan terlaksana. Hangpa nak ke pimpinan negara kita dibayangi oleh bangs YAHUDI nie.
Post a Comment