Tuesday, May 20, 2008

Pemantauan Akhbar 20 Mei, 2008


BERITA UTAMA

Mahathir keluar UMNO: (BH)
Dr. Mahathir umum keluar UMNO: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta. Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (UM)

Pak Lah tak akan tunduk desakan Mahathir: (BH)
Tunjuk kesetiaan – PM - Abdullah minta ahli UMNO bertenang, terus berjuang: PM meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO. Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi. Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut tetapi mengingatkan ahli-ahli UMNO: "Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang (UM)

Najib sanggup jumpa lagi Dr. M:
Timbalan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup berjumpa sekali lagi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas perdana menteri itu keluar daripada UMNO. Najib juga menegaskan beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO, DS Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri. Sambil berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan Dr. Mahathir itu, Najib meminta mereka terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN).

Duri dalam daging sudah terkeluar – Musa Hitam:
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan 'duri dalam daging sudah terkeluar'. Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti. Beliau berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang. Bagaimanapun, ahi-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar (UM)
Berita Dato' Seri Hisyamuddin Hussien:

Perbuatan Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab: Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti. Ketuanya, DSHH meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru. Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama. Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya. Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana (UM,4)

Berita Pemuda:

Mukhriz enggan komen: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir belum bersedia mengulas tindakan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini. Hari ini beliau (Mukhriz) tidak ada apa-apa komen, kemungkinan esok beliau akan membuat komen (UM,4)

ISU SEMASA

Tengku Razaleigh tetap bersama UMNO:
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menepis khabar angin bahawa beliau akan mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Mengakui terkejut dengan keputusan bekas Perdana Menteri itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan berundur daripada UMNO kerana ingin melihat parti itu kembali kukuh dan berada pada landasannya. Saya ahli UMNO dan saya mahu melihat supaya kita dapat memperbetulkan parti ini. Saya tidak akan berundur sehingga tiada jalan keluar. Tetapi saya rasa ada lagi peluang untuk kita membaiki UMNO (UM,4)

'Saya antara orang paling bahagia' - Nik Aziz Nik Mat :
"Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO. "Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu. Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya. Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi. Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan. Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular. Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas (UM,4)

Pemuda buat laporan polis dakwa Selangor gagal tunai janji:
Seorang pemuda yang pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa menipu pengundi kerana gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya, hari ini sekali lagi berbuat demikian. Kali ini, Mohd. Shaid Rosli 25, mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat apabila mengehadkan pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, selain tidak menunaikan janji, pengagihan insentif pelajaran tersebut juga tidak adil kerana pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu terdiri daripada semua peringkat masyarakat. Dulu janji nak bagi insentif ini kepada semua anak negeri yang berjaya masuk universiti dan terbaru hanya untuk keluarga berpendapatan bawah RM1,500. Memutar belit"Ini bermakna kerajaan negeri memutar belit janji-janji mereka kerana tidak semua yang mengundi pakatan pembangkang berpendapatan di bawah jumlah tersebut (UM,7)

Tindakan Tun Mahathir jejas UMNO:
Parti pembangkang berpendapat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden serta Perdana Menteri akan menjejaskan parti itu. Bagaimanapun, kebanyakan mereka menganggap tindakan Dr Mahathir itu mempunyai kaitan dengan laporan Suruhanjaya Diraja Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Klip Video V K Lingam yang menamakan beliau bersama lima yang lain antara yang mempunyai pengaruh dalam pelantikan Ketua Hakim Negara. Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, berkata Pas lebih senang mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno dan mengalu-alukan jika Dr Mahathir berhasrat menyertai parti itu. (BH,6)

Pemimpin BN terperanjat, sedih:
Tindakan memeranjatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada Umno semalam, bukan saja mengejutkan ahli parti itu, tetapi juga parti komponen BN yang bersedih mengenai tindakannya itu. Mereka berharap bekas Presiden Umno yang terkenal dengan jasanya membangunkan negara seperti dinikmati pelbagai lapisan masyarakat ketika ini supaya mengubah keputusan itu demi kebaikan BN dan negara. Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan meminta Dr Mahathir untuk memikirkan semula keputusannya kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada Umno dan BN. BN kini berdepan dengan cabaran besar dan keputusan Dr Mahathir itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada Umno atau parti komponen BN lain (BH,pg4)

Tindakan Tun Mahathir kelirukan ahli:
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO sebagai satu mesej yang mengelirukan ahli-ahli UMNO. Menurutnya, tindakan bekas Perdana Menteri itu bercanggah dengan konsep UMNO yang mengutamakan musyawarah dalam menyelesaikan masalah parti. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, tindakan tersebut boleh melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menguntungkan parti pembangkang. Beliau melahirkan kebimbangan kemungkinan langkah itu dituruti oleh Ahli Parlimen UMNO. Kita tidak tahu apa kesannya nanti kerana jika Ahli Parlimen UMNO keluar BN dan menjadi Ahli Parlimen bebas, adakah mereka akan menyokong kerajaan atau pembangkang di Dewan Rakyat (UM,6)

1 comment:

Unknown said...

perjuangan mesti diteruskan...

hidup Melayu