Thursday, May 22, 2008

TUN DR. MAHATHIR BIDAS KENYATAAN TUN MUSA “DURI DALAM DAGING”:

Sementara itu Tun. Dr Mahathir juga sempat memberikan komen mengenai komen Tun Musa Hitam yang mendakwa dirinya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan. Dan mengenai tindakan Dato’ Shahrir Samad yang pernah bertanding sebagai calon bebas. Ini antara cetusan Tun. Dr Mahathir dilaman web blognya.

Dakwa Tun mahathir, Tun Musa Hitam pernah menjadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 1987 dahulu. Semasa Tun Musa jadi Timbalan Perdana Menteri di lantik oleh beliau. Tun Musa telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak beliau berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Musa. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun Musa kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Oleh itu Tun Musa menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun Musa supaya lawan beliau. Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun Musa tidak menyertainya. Tun Musa selamat dan dilantik oleh beliau sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun Musa. Syabas Tun Musa.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO. Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Cetusan ini Bani akhiri dengan kata-kata “Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang lebih.” Renung2 kanlah masa depan anak bangsamu.

No comments: