Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata orang Melayu tidak berpecah biarpun mempunyai perbezaan pendapat.
Komen Datuk Zaid Ibrahim: "Bila pemimpin berkelahi, mestilah ada pengikut-pengikut yang tidak suka tetapi itu bukan bererti Melayu berpecah. Orang Melayu tidak berpecah, tidaklah sebegitu rapuh pemikiran mereka, tidaklah lembap pandangan mereka kerana mereka tahu mana yang betul dan tidak.”
Katanya kumpulan yang mengatakan Melayu berpecah itu adalah mereka yang tidak berpuas hati terhadap keterbukaan yang diamalkan pemimpin masa kini. Katanya kumpulan ini yang biasa dengan budaya lama tidak selesa dengan keterbukaan biarpun perubahan inilah sebenarnya yang dimahukan rakyat. Mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno Isnin lepas, Zaid berharap isu ini tidak digembar-gemburkan lagi.

Banihakim Said*** - "Jangan dinafi perkara yang benar.Melayu kita sememangnyer sedang berpecah. Keterbukaan kadangkala membawa kepada kehancuran. Dalam ISLAM juga sebagai contoh siidteri dilarang sama sekali untuk menceritakan tentang keaiban keluarganya @ masalahnya kepada orang lain (bukak pekung) demi menjaga maruah dirinya sebagai isteri dan maruah suaminya sebagai ketua keluarganya". Renung2kanlah dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment