Thursday, May 22, 2008

WAN AZIZAH TERKEJUT HASRAT EZAM MASUK UMNO:

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau terkejut dengan keputusan bekas Ketua Pemuda parti itu Ezam Mohd Nor yang dilaporkan ingin menyertai semula Umno.

Beliau berkata kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini memetik sumber mengenai hasrat Ezam itu. Wan Azizah berkata walaupun Ezam sudah meletak jawatan dari PKR tahun lepas, hubungan mereka masih baik. Katanya beliau tidak terkilan dengan hasrat Ezam itu dan ia juga tidak menjejaskan kedudukan PKR kerana parti itu mempunyai ramai lagi anggota.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Umno tiada halangan untuk menerima kembali Ezam jika beliau boleh menerima dasar perjuangan parti dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi Umno. Komen Tan Sri Muhammad Muhd Taib: “saya rasa dia tahu banyak kelemahan dan kekurangan dalam parti yang dia anggotai sebelum ini. Barangkali dia sudah tidak yakin dengan dasar dan perjuangan PKR dan rasanya dia dah buat pervabndingan antara PKR dan UMNo dan dia rasa uUMNOlebih sejati.”

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hasrat Ezam menyertai Umno perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. Komen Datuk Seri Mohd Shafie Apdal: "Kalau dia dapat memenuhi syarat yang diletakkan sebagai seorang bekas anggota Umno yang mahu masuk semula, dan sekiranya ia sebagai satu langkah untuk menguatkan parti Umno, mengapa tidak kita terima.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula berkata beliau kenal rapat dengan Ezam dan berasa gembira dengan hasrat bekas pemimpin PKR itu. Komen Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: "Semasa saya jadi Ketua Pemuda Umno, Ezam adalah antara orang yang saya beri kepercayaan menyediakan ucapan saya. Apabila dia keluar Umno, saya amat sedih tetapi sekarang saya gembira beliau ingin sertai semula Umno.”

Bani Said : Datin Seri Wan Azizah terkejut dan bimbang rahsia PKR akan terbongkar tidak lama lagi. Yang baik akan diberkati ALLAH namun yang mungkar akan diadili oleh ALLAH.

1 comment:

revomuda said...

mmg takot arr terutama sekali al-juburi...sebab si ezam nie mmg byk tau rahsia mereka.....

"berapa pulak bayaran untuk ezam supaya melupakan hasratnya"

kalau ezam nie betul nak hapuskan rasuah, kena lah dia hapuskan semua sekali jangan nak hapus rasuah pun pilih kasih....ini siasat orang lain bos sendiri beri rasuah buat tak tau jer....