Monday, May 12, 2008

Mengapa Pemimpin Melayu PKR Membisu Mengenai Isu Ketuanan Melayu - Ibrahim Ali

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak."Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah. "Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu.Kalau tak jawab nanti rakyat buat macammacam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di sini. Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas. "Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa rajaraja," katanya.Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik. Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku. "ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat manamana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara. Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa," katanya. Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu 'besar kepala' dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka. "Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu," katanya.BERNAMA

1 comment:

Bani Tanjong said...

Wooiii pariya..ko balik negara asal ko la...idup kat bumi Malaysia ni menyusahkan orang je. Kalau dah dasar bangsa merempat sedar2 diri sikit. Hormat la sikit tuan rumah Malaysia ni...kambing betul la pariya sekor ni..