Sunday, June 14, 2009

SIAPA TAJA ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA? - PART III

KENYATAAN DSAI (3) :
"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan".
ANALISIS BANIHAKIM :

1. Kenyataan DSAI hanya untuk menyembunyikan fakta sebenar dan bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan" to date, initial contributing governments have committed over $50 million to the foundation, including $35 milion from the United States The Department's Middle East Partnership Initiative(MEPI). Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungry, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar & United Kingdom".

2. Kenyataan DSAI di atas (dibuat pada 20 May 2007-apabila isu yayasan itu menjadi topik utama media massa) bercanggah dengan kenyataan media DSAI sebelum ini (bertarikh 16 Julai 2007). Dalam kenyataan media 16 Julai (disiar dalam blog anwaribrahim 3.0) DSAI menulis, "Walaupun yayasan di peringkat awal ditaja dan dibiaya oleh 'Pemerintah' setakat ini berjumlah 55 juta dollar Amerika, tetapi yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi". DSAI sengaja menggunakan terma perkataan "Pemerintah" supaya maksudnya kabur. Persoalannya siapakah & negara manakah yang dimaksudkan dengan "Pemerintah" Yayasan itu. Adakah Qatar atau Jordan Bahrain atau US (penaja utama yayasan). Sudah pasti jawapannya US.

3. Pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Department of State di Washington DC. Sekiranya US tidak membantu kenapakah Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbicangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada US Department of State.

KENYATAAN DSAI (4):
"Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar".

ANALISIS BANIHAKIM:

1. Secara umumnya Foundation For The Future mempunyai tiga jawatankuasa. a) Jawatankuasa Pemilih (the selection committee) b) Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee) c) Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director). Kesemua jawatankuasa dipilih dan diluluskan oleh US Department of State.

2. Menurut office of the spokesman, Washington DC, February 2, 2006 : "After consultations among civil society representatives and government officials from the United States, Europe and the broader Middle East and North Africa, it was announced today that Rahma Bourqia of Morocco, Bakhtiar Amin of Iraq and Anwar Ibrahim of Malaysia will serve as the 'selection committee' to appoint the Board of Directors for the broader Middle East and North Africa Foundation For the Future" .

3. Senarai jawatankuasa yayasan seperti berikut :

a. Jawatankuasa Pemilih (3 orang)
1. Anwar Ibrahim (Malaysia) 2. Rahma Bourqia (Morocco) 3. Bakhtiar Amin (Iraq)
* Diumumkan pada 2 Februari 2006

b. Jawatankuasa Eksekutif (5 orang)
1. Anwar Ibrahim 2. Rahma Bourqia 3. Bakhtiar Amin 4. Sandra O'connor (US) 5. Dr Cornelio Sommaruga (Switzerland)
*Diumumkan pada 15 Julai 2006-mesyuarat di Doha.

c. Ahli Lembaga Pengarah (14 orang)
1. Anwar Ibrahim (Pengerusi/Malaysia) 2. Rahma Bourqia (Naib Pengerusi/Morocco) 3. Kamel Abu Jaber (Bendahari/Jordan) 4. Laila al Hamad (Setiausaha/Kuwait) 5. Bakhtiar Amin (Iraq) 6. Sandra Day O'connor (United States) 7. Cornelio Sommaruga (Switzerland) 8. Burhan Ghalioun (Syaria) 9. Andreu Claret Serra (Spain) 10.Ibrahim Kalin (Turkey) 11.Jamil Mroue(Lebanon) 12.Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia) 13.Naguib Sawiris (Egypt) 14.Juhaina Sultan al-Easa (Qatar)*Diumumkan pada 15 Julai 2006 - mesyuarat di Doha.
4. Bermakna Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang paling diberi kepercayaan US Department of State kerana menjadi nama paling penting dalam ketiga-tiga jawatankuasa. Dalam mesyuarat yayasan di Bahrain (31 May 2007), DSAI memaklumkan beliau dipilih pula menjadi Presiden yayasan.

5. Selain DSAI, seorang lagi tokoh yang diberi kepercayaan US Department of State ialah Sandra Oconnor. Kenyataan media US Department of State pada 8 Jun 2006, melalui office of the spokesman Washington DC menyebut "The department of state is pleased to announce that former US Supreme Court Justice Sandra Dya Oconnor has agreed to serve as the US reprensentative to the Boarder Middle East and North Africa (BMENA) Foundation For the Future".

No comments: