Thursday, June 4, 2009

PENAKU MENULIS LAGI : PART I

KENAPA BERKONGSI KUASA?
Malaysia bertuah kerana kita masih boleh berkongsi kuasa antara kaum (antara cucu2 pendatang dengan cucu2 rakyat asal) dalam keadaan aman & secara matang. Toleransi & kematangan kita tinggi maka kita boleh menubuh kerajaan campuran yang praktikal justeru masih berjaya menyampaikan agenda pembangunan yang memanfaatkan semua pihak pada umumnya. Malaysia mepunyai 27 juta rakyat. Majoritinya bumiputera tapi lain2 kaum juga besar bilangannya. Kuasa politik diperkongsikan antara kaum, ekonomi di kuasai oleh Cina, sektor awam majoritinya Bumiputera. Tiada sati kaum melebihi 2/3 majoriti kerana sejarah membentuk perkongsian tanah ini oleh beberapa kaum. Kehadiran masyarakat yg majmuk mewajibkan perkongsian dlm pelbagai bentuk samada sosial, ekonomi mahupun politik. Sosial kontrak memulakan asas perkongsian ini sebagai persediaan pembentukan negara merdeka dari British. Perkongsian kuasa politik buat masa ini (selagi demografi rakyat x berbah besar) adalah mandatori bg menjaminkan keamanan. Jika tidak, perebutan secara ganas boleh berlaku & keamanan akan tergadai. Perang saudara/ sivik biasanya akan berpanjangan sebab manusia sentiasa berdendam. Sejarah lain2 negara mengajar kita bhw apabila berlaku keganasan disebabkan perebutan wilayah & kuasa biasanya akan berterusan dan akhirnya mrnghancurkan peluang sesebuah masyarakat utk membangun. Bagi kita melaksnakan pembangunan ini memerlukan keamanan & kestabilan. Semua kaum perlukan pembangunan sbg sifat @ naluri semulajadi manusia. Kesejahteraan rakyat bergantung kpd keupayaan mengatasi kehendak asas (rumah, makanan, pakaian dll). Tanpa pembangunan x dpt diadakan. Tanpa pembangunan keadaan sosioekonomi yg x adil akan terus wujud & akan menggugat pembangunan ekonomi yg seterusnya blh menggugat keselamatan/ kestabilan. Masyarakat ISLAM adalah majoriti dan mempunyai sovereignity seperti yg dipersetujui dlm Kontrak Sosial yang kemudiannya termaktub dlm Perlembagaan Negara.

No comments: