Sunday, June 14, 2009

SIAPA TAJA ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA? - PART IV

KENYATAAN DSAI (5):
"Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat".

ANALISIS BANIHAKIM :
1. Semua yang dinyatakan DSAI mengenai tokoh-tokoh itu berbentuk positif, namun setelah diteliti lebih mendalam jawapan adalah sebaliknya kerana tokoh-tokoh ini merupakan alat US untuk menyebarkan "fahaman DEMOKRASI & REFORMASI" di negara-negara Islam Timur Tengah & Afrika Utara.

2. Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Beliau adalah aktivis missionari Yahudi melalui George Soros Foundation iaitu Open Society Institute Budapest. Beliau adalah board of Director yayasan Yahudi itu. Fungsi yayasan itu menaja bantuan kewangan di Timur Tengah. Bahkan kerana jasa-jasanya yang besar kepada kaum Yahudi beliau diberi Anugerah Presiden dari Tel Aviv (Israel).

3. Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki (untuk menghubungkan Turki dengan US). Walaupun Ibrahim Kallin berasal dari Turki tetapi beliau menetap di US. Bekerja sebagai pensyarah di College of The Holy Cross, Worcester, Massachusets dan menjadi pensyarah sambilan & pembantu Seyyed Nossein Nasr di George Washington University. Seyyed Nossein (berasal dari Iran) dan anaknya Valli Nasr yang menetap di US adalah rakan rapat DSAI. DSAI selalu merujuk kepada Seyyed Nossein mengenai pemikiran Islam komtemporari atau ISLAM AMERIKA. Ibrahim Kallin pula anak buah DSAI yang bergiat dlm IIIT. Malah Ibrahim memilih ISTAC Malaysia sebagai tempat pengajian masternya. Melalui Ibrahim dan DSAI, Erdogan (Perdana Menteri Turki-AKP) telah datang ke US pada 4 OKTOBER 2006 untuk berjumpa Bush. Kedatangan Erdogan & AKP telah disambut oleh DSAI di Universiti Georgetown US dengan majlis syarahan perdana. Paul Wolfowitz turut hadir mendengar syarahan Perdana Menteri Turki itu. Pada keesokan harinya, DSAI menyusun jadual perjumpaan dengan BUSH. Sebab itu DSAI sering berulang alik ke Turki sebagai wakil US untuk mengadakan rundingan antara dua negara. Baru-baru ini kerajaan Turki juga pernah meminta pampasan daripada Bush kerana pertolongan kerajaan Turki membenarkan tentera US melalui negaranya semasa serangan US ke atas Iraq.

4. Sandra Day O' Connor, (bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat). Beliau adalah seorang hakim yang pernah memberi tekanan kepada penganut Kristian di US dengan memperkenalkan undang-undang menimbulkan kemarahan penganut Kristian di negara itu, tetapi dalam masa sama mendapat pujian daripada kumpulan Yahudi. Beliau sangat cenderung kumpulan Yahudi dan pernah berkunjung ke Israel, menjalankan upacara agama di kuil Yahudi di Western Wall serta melawat Holocaust Memorial di Yad Vashem. Apabila beliau bersara daripada menjadi Hakim, majoriti Yahudi di US telah bersedih meratapi persaraannya itu. Beliau adalah Board of Trustees Rockefeller Foundation, sebuah yayasan paling berpengaruh di US yang dimiliki oleh Yahudi. Yayasan ini berperanan mencaturkan politik US agar ketuanan Yahudi terus kekal di negara itu.Sebab itu Dick Cheney (Naib Presiden US / kawan rapat Wolfowitz) dan anaknya Liz Cheney merupakan kumpulan Yahudi dari rangkaian neokonservatif beriya-iya memujuk Sandra supaya berada dalam kumpulan Eksekutif & Board of Director Foundation For the Future.

5. Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan. Beliau mendapat pendidikan daripada US & pernah menjadi pensyarah di US iaitu di Smith College, membuat PHD di University of Syracuse US dan bekas visiting Professor The Carter Centre of Emory University USA. Kejayaan terbesar Kamel Abu Jaber semasa menjadi Menteri Hubungan Antarabangsa Jordan adalah mengadakan rundingan damai antara Jordan & Israel. Sekarang beliau adalah Presiden Jordan Diplomacy Institute yang mendapat tajaan dan sokongan penuh daripada kerajaan US.

6. DSAI tidak menyenaraikan senarai Board Director yayasan yang lain seperti Jamil Mroue (Lebanon),Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia), Naquib Sawiris (Egypt) dan Andreu Claret Serra (Spain) kerana kesemua mereka adalah pengarah media yang terlibat dalam penerbitan akhbar, televisyen, telekomunikasi dan internet. Bahkan di kalangan mereka mempunyai rekod dengan USAID & CIA berfungsi mendapatkan maklumat dari Timur Tengah, misalnya Naquib Sawiris mendapatkan maklumat mengenai kegiatan Sadam Husin untuk US. Jadi timbul satu persoalan, kenapakah US Department of State melantik begitu ramai pengarah media menjadi Board of Director Foudation For the Future.

No comments: