Sedih bila memperlihatkan karenah ibubapa MELAYU pada hari ini. Mengapa perlu dilibatkan anak2 untuk bersama2 BERDEMONTRASI sedangkan mereka langsung buta tentang politik dan Gerakan Memansuhkan PPSMI. Sedarkah kita bahasa Inggeris ini akan menempatkan anak2 BANGSA MELAYU kita boleh bersaing dengan bangsa lain. Kita sibuk mengatakan anak MELAYU selalu keciciran dalam bidang akademik bila nak dibandingkan dengan anak bangsa lain. Alangkah baiknya kita IBUBAPA menggalakkan anak2 memahirkan diri menerima pelbagai bahasa dalam memberikan perkembangan potensi diri dan nilai tambah untuk meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa. Dewasa ini IBUBAPA sibuk menghantar anak2 mereka ke sekolah agama disebelah petang dengan tujuan untuk anak2 mereka terdedah dan menguasai hal keagamaan dan pastinya anak2 kita terdedah dengan BAHASA ARAB. Apakah kita akan BERDEMONTARSI juga suatu hari nanti untuk memansuhkan anak2 kita mempelajari bahasa AL-Quran ini? Paling menyedihkan kelompok Gerakan Anti PPSMI ini tidak pula ber-DEMONTRASI dalam mempertahankan PAPAN TANDA di Taman Warisan Penang yang mengubah kepada pelbagai bahasa...UNTUK Apa diubah sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahasa rasmi adalah bahasa Melayu. Wahai ibubapa bangsaku MELAYU sedarlah kalian jangan libatkan anak2 kita dengan kekeliruan perbezaan POLITIK kita demi mendapat simpati murahan. Orang lain berlumba2 memajukan anak mereka dalam penguasaan ilmu tetapi kita mencacatkan pertumbuhan ilmu anak2 kita.
Pengerusi Gabungan Anak Rantau Perak (GARAP) : Anak2 ku akan ku biar menerima perubahan untuk menjamin masa hadapan mereka. Nabi Muhammad S.A.W juga BERHIJRAH demi perubahan untuk meluaskan pengaruh ISLAM inikan pula kita BERJIHAD untuk memajukan diri dalam bidang ilmu.
No comments:
Post a Comment