4hb Mac, 2009 Simpang Batu 9 (Bkt Gantang), satu banner telah dipasang berhampiran dengan Pondok Panas PAS yang cuba membuat perbandingan DULU & SEKARANG. Teman sebagai rakyat Malaysia berbangsa MELAYU merasakan perlunya sistem PPSMI dikekalkan kerana bahasa Ibunda tidak akan terkubur tetapi anak2 kita disekolah ada nilai tambah "value added" untuk menempatkan diri dalam pasaran korje dimasa hadapan. Teman bangga bila bersembang dgn ATOK teman berumur 74 tahun yang bersekolah menggunakan bahasa Inggeris. ATOK teman fluent berbicara dalam bahasa MELAYU dan fluent dalam Bahasa Inggeris hasil didikan yang diterima disekolah atas arahan moyang teman. Kesimpulannya MELAYU itu sendiri perlu berubah kerana perubahan akan membawa pelbagai manafaat untuk kegemilangan bangsa di masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment