Tuesday, March 24, 2009

Nizar boneka DAP: PERJANJIAN PANGKOR 2

PERJANJIAN PANGKOR 2

Difahamkan sebelum DAP Perak melantik wakil PAS menjadi Menteri Besar, DAP yang di ketuai oleh Pengerusi DAP Perak iaitu Ngeh Koo Ham telah memaksa Ir Nizar Jamaluddin ( Wakil PAS Perak ) untuk menandatangani surat perjanjian yang menyebut perkara-perkara berikut :-

1. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut PERAK AKAN MENJALANKAN PEMERINTAHAN ISLAM.

2. Nizar Jamaluddin akan dipersetujui sebagai MB Perak tetapi tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau Bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB , sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil PKR dan 1 wakil PAS.

5. DAP juga menuntut Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak hendaklah daripada DAP.

AKIBATNYA

1. Dua wakil DAP iaitu V. Sivakumar dan Hee Yit Foong dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN Perak.

2. Kedudukan istemewa dalam memegang Jawatan Exco Perak telah dimonopoli oleh DAP iaitu DAP memegang portfolio yang penting iaitu Kewangan, Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan. Manakala PKR memegang portfolio Koperasi, Pertanian, Penerangan dan NGO. PAS hanya memegang portfolio Hal Ehwal Islam sahaja.

3. Kerajaan Perak juga menjual lot perumahan yang diperuntukkan kepada Bumiputera di pasaran terbuka dengan alasan ia masalah stok tergantung. 130 unit lot perumahan telah diluluskan untuk dijual di pasaran terbuka dengan nilaian harga RM 5 juta kesemuanya.

4. DAP juga telah membelakangi Sultan Perak yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Perak dalam kes pemecatan Pengarah Majlis Agama Islam Perak.

5. MB Perak juga telah meluluskan hak pemilikan kekal tanah kepada 48 ribu orang Cina di kampung-kampung baru seluruh Perak.

1 comment:

Tok Pambu said...

UMNO boleh kata apa juga yang mereka suka. Akan tetapi boleh kah UMNO kembalikan sokongan kaum india dan cina kepada UMNO?

Sebenarnya bukan kaum india dan cina sahaja yang tidak suka UMNO, tetapi kaum bukan melayu dari Sabah dan Sarawak juga sudah tidak suka UMNO.

Tak payah cerita panjang hal UMNO. Anda sendiri boleh lihat dan saksikan keburukan pemimpin2 UMNO.

Akan tetapi sungguh malang, penyokong2 tegar UMNO masih TIDAK SEDAR atau pun MALU mengaku bahawa pemimpin mereka bermasalah besar.

Selagi melayu tidak bersatu menyokong UMNO, UMNO akan berkubur.

Persoalan nya : "BOLEH KAH MELAYU BERSATU menyokong UMNO?".