Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang terbabit dalam politik wang membuktikan sikap tegas parti dalam menanggani gejala berkenaan daripada berleluasa. "UMNO tetap tegas dalam menghadapi masalah politik wang dan Lembaga Disiplin UMNO sudah membuat keputusan berhubung perkara itu" katanya kepada pemberita sebelum beliau berlepas pulang ke tanahair semalam. Bani berpandangan jika nak menyelamatkan maruah parti keramat UMNO ini semua pihak perlu reform dalam meletakkan WANG bukan sebagai wadah perjuangan bagi memartabatkan perjuangan agenda MELAYU yang berterusan. Memang akan banyak pihak tidak berpuas hati terhadap Datuk Ali Rustam (KM Melaka), Datuk Japlin Akim (ADUN Usukan), Datuk Abdul Manan Ismail (MP Paya Besar), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg. Lembing), Mohd Zaili Besar (ADUN Panching) dan Mohd Shohaimi Jusoh (ADUN Lepar) serta Khairy Jamaluddin (MP Rembau). Mereka yang dinyatakan ini berpengaruh dan menjadi SANDARAN RAKYAT kawasan masing2 namun amat menyedihkan mereka2 ini terlibat dalam POLITIK WANG yang merupakan BARAH yang sedang menazakkan parti ini sendiri. Dalam hasrat zaman Tun Mahathir dan Pak Lah cuba meletakkan aspek INTEGRITI elemen utama perlu ada kepada kepimpinan UMNO namun masih kedapatan mereka yang x sedar diri demi tamakkan kuasa, pangkat dan darjat untuk menempatkan diri dalam pengaruh politik. Mereka2 yang disabitkan ini bertanggungjawab jika rakyat sudah jelik kepada parti UMNO ini, walhal parti ini suci tidak berslah tetapi segelintir manusia tamak inilah yang telah mencacatkan pandangan rakyat terhadap UMNO. Bani tidak hairan jika BN yang diwakili oleh UMNO bagi PRK P059 Parlimen Bukit Gantang nanti akan kalah kerana bersabit politik wang yang telah disabitkan oleh Lembaga Disiplin UMNO ini. Ini ditambah lagi dengan Datuk Azalina Othman dan Datuk Norza Zakaria yang masih dalam siasatan kes penyalahgunaan kuasa dan pemberiaan suapan duit bernilai RM3400. Mereka harus bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku di Bukit Gantang. Teman percaya jika kepimpinan UMNO ini jujur, ikhlas dan luhur BN akan menang namun berserah sahajalah kepada Allah S.W.T kerana DIA lebih mengetahui akan segala-galanya.
No comments:
Post a Comment